Cinderella

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ilustrasi Gustave Doré untuk Cendrillon

Cinderella ialah dongeng tradisional popular dengan banyak versi yang dijumpai di banyak negara, dengan berbagai kelainan.

Versi paling awal dari cerita ini berawal dari China pada 860. Dia tercatat di The Miscellaneous Record of Yu Yang oleh Tuan Ch'ing-Shih, sebuah buku yang ada sejak Dinasti Tang. Versi paling terkenal ditulis oleh penulis Perancis Charles Perrault pada 1697 berdasarkan cerita rakyat ditulis oleh Giambattista Basile sebagai La Gatta Cennerentola pada 1634, namun filem animasi dari Walt Disney, telah menjadi piawai versi kontemporari.

Versi yang paling terkenal menceritakan tentang seorang gadis yang tinggal bersama ibu tiri dan kakak tirinya yang jahat. Pada zaman dahulu kala, ada seorang gadis yang baik hati bernama Cinderella. Dia sangat baik hati dan cantik. Tetapi sayang, ayahnya telah meninggal dunia. Dan sepeninggal ayahnya dia tinggal bersama ibu dan saudara tirinya. Setiap hari dia diseksa, dengan cara disuruh mencuci piring, mengemop lantai dan melayani mereka. Walaupun begitu Cinderella tetap percaya bahawa suatu hari dia akan hidup bahagia. Suatu hari, seorang putera raja ingin mencari permaisuri maka diadakanlah sebuah pesta tari-menari besar di istana, tetapi Cinderella tidak diizinkan untuk ikut. Tetapi, pari-pari datang dan menolongnya. Cinderella pun ditukar menjadi seorang puteri cantik. Di istana, si putera jatuh cinta pada Cinderella, lalu mengajaknya menari. Cinderella jadi lupa, bahawa dia harus pulang sebelum pukul 12 tengah malam, kerana pada jam itu semua sakti pari-pari berakhir. Terdengar bunyi loceng pukul 12 terdengar, Cinderella segera berlari. Tanpa disedari, sebelah kasut kacanya terlepas dan tercicir di tangga istana. Si putera memungutnya, dan mengumumkan gadis mana yang kakinya muat dengan kasut itu, dia, akan dia jadikan isteri. Namun, sepatu itu tidak muat di kaki sesiapa yang mencubanya, termasuk 2 kakak tiri Cinderella. Cinderella lalu ikut mencuba, dan kakinya muat! Cinderella akhirnya menikah dengan Putera dan hidup bahagia selamanya.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.