Counter-Strike 2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Counter-Strike 2
Fail:CS2 Cover Art.jpg
Poster permainan, menunjukan dua pasukan utama: Counter-Terrorists (kiri) dan Terrorists (kanan)
PembangunValve Corporation Sunting ini di Wikidata
PenerbitValve Corporation Sunting ini di Wikidata
KomposerMike Morasky
SiriCounter-Strike Sunting ini di Wikidata
EnjinSource 2 (enjin permainan)
Platform
GenrePenembak orang pertama (POP)
ModPemain tunggal
Permainan video multipemain Sunting ini di Wikidata

Counter-Strike 2 (CS2) ialah permainan askar taktikal yang terbit pada tahun 2023. Permainan video ini dibangunkan oleh Valve Corporation. Ia adalah ansuran utama kelima daripada siri Counter-Strike sederum sekuel langsung Counter-Strike (1998). Pengisytiharan pembinaan permainan video ini mulai pada tarikh 22 Mac 2023 dan terbit pada 27 September 2023, di Steam. Permainan ini menukar peran Counter-Strike: Global Offensive sebagai siri utama terbaharu dalam francais.

Sama seperti pendahulunya, permainan ini menempatkan dua pasukan, Counter-Terrorist dan Terrorist dalam satu perlawanan yang menentang satu sama lain dalam pelbagai mod permainan berasaskan objektif (contoh mod nyahfius bom) masing-masing bagi memenangi pusingan-pusingan. Counter-Strike 2 menunjukan pelbagai peningkatan teknikal utama berbanding siri sebelumnya Global Offensive, termasuk pembaharuan enjin permainan Source kepada Source 2, grafik yang dipertingkatkan dan seni bina pelayan baharu. Selain itu, banyak peta daripada Global Offensive dikemas kini bagi menggunakan enjin baharu, dengan beberapa peta diubah suai.

Selepas penerbitan, Counter-Strike 2 menerima ulasan yang secara amnya positif dari pengritik. Berbeza dari pengritik permainan video, pandangan pemain mengenai permainan ini bercampur-campur lazimnya negatif; kritikan ditujukan kepada penyahsenaraian Global Offensive daripada Steam, gaya permainan yang tampak lebih buruk dari siri sebelumnya dan penyingkiran beberapa ciri yang telah ada dalam Global Offensive. Counter-Strike 2 memejalkan peringkat sebagai tajuk permainan video Valve dengan ulasan paling negatif di platform.

Gaya Permainan[sunting | sunting sumber]

Sama seperti permainan sebelumnya dalam siri francais, Counter-Strike 2 ialah permainan penembak orang pertama askar taktikal multi-pemain, kedua pasukan harus saling bersaing dalam moda yang telah dipilih. Pemain terbahagi menjadi dua pasukan utama, Counter-Terrorists dan Terrorists. Pemain dapat membeli pelbagai alat dan senjata pada awal pusingan.[1]

Permainan ini mempunyai enam moda yang berbeza yaitu: Competitive (Berlumba), Premier (Perdana), Casual (Biasa Sahaja), Wingman (Sang Sayap), Deathmatch (Perlawanan Berdarah), dan Hostage (Mangsa-Tebusan).[1][2][3][4] Competitive, ialah moda utama, pada perlawanan lima orang (5 vs 5) dari kedua pasukan utama akan saling bersaing dengan tugas bagi membom salah satu daripada dua pangkal dengan C4 atau membunuh Counter-Terrorist, tugas yang songsang daripada Terrorists berlaku bagi Counter-Terrorists. Selepas menamatkan tugas dalam permainan, pasukan yang berjays akan memenangi pusing dan mendapat 1 mata. Sebanyak 24 pusingan dapat dimainkan pada setiap perlawanan, pasukan pertama yang mendapat 13 mata, merekalah pemenangnya.[1][2] Moda Premier mempunyai kemiripan dengan Competitive, tetapi pemain tidak boleh memilih sendiri peta yang disenangi, jika bermain dalam moda ini harus mengikuti undian peta dan sistem cekal. Moda ini juga mempunyai sistem peringkatan dan pada permainan ini, berbeza dari siri sebelumnya. Counter-Strike 2 mempunyai fitur carta kedudukan serantau dan dunia.[2][3] Casual ialah moda yang boleh dikatakan sama seperti Competitive, tetapi tidak mempunyai carta kedudukan Competitive maupun Premier; bilangan pemain pada setiap pasukan meningkat dua kali lipat dari 5 vs 5 ke 10 vs 10.[1] Moda Wingman hanya menempatkan dua pemain pada setiap pasukan dan masing-masing bertempat di posisi sayap dalam sebuah peta. Pada peta ini hanya ada satu pangkal bom, pasukan yang berjaya memenangi 9 mata dalam perlawanan ialah pemenangnya.[5] Moda ke-5 Deathmatch mendudukan pemain dalam peta tanpa pasukan, satu-satunya tugas bagi pemain itu ialah membunuh pemain lain sebanyak-banyaknya dan kalau mampu jangan sampai terbunuh sehingga had masa dalam perlawanan berakhir.[4] Moda terakhir, Hostage pasukan Terrorists telah menangkap mangsa, pasukan Counter-Terrorists harus mampu membebaskan manga jika ingin menang.[2][4]

Bon[sunting | sunting sumber]

Penerimaan
Markah agregat
PengagregatMarkah
Metacritic82/100[6]
Markah ulasan
PenerbitanMarkah
Edge9/10[8]

Critical reception[sunting | sunting sumber]

Menurut laman sesawang yang mengulas permainan video, Metacritic, Counter-Strike 2 mendapat ulasan "agak baik" dari ahli kritik, merujuk ke 13 kritikan yang berbeza.[6] Pada laman OpenCritic, permainan ini hanya mendapat markah purata dari pemain-pemain sebesar 77%, markah dari ahli kritik di laman itu lebih besar iakni 83%[7]

Jake Tucker dari TechRadar mengkongsi Counter-Strike 2 dengan markah 4 dari 5 bintang peringkat. Dalam pandangannya, ia bercakap bahawa: "Counter-Strike 2 seakan kubu teriakan yang berkaok-kaok. Memang asing bagi pemain baharu tetapi pembaharuan yang telah dinanti-nanti bagi komuniti penyokong Counter-Strike sejak lama. Sebarang setakat ini, ia merupakan permainan penembak perlawanan terbaik di pasaran. Permainan inipun kami menyedarinya bahawa belum tentu serasi untuk semua orang". Chris Shive dari Hardcore Gamer memberi peringkat 4/5 dengan mengatakan bahawa, "pembaharuan positif daripada CS:GO".[4]

Ed Thorn, penyelia ulasan daripada Rock Paper Shotgun, berkata bahawa "CS2 sudah sesuai menjadi pewaris siri Counter-Strike sebelum ini", tetapi dia sedikit kecewa dengan mengatakan "peta di permainan ini masih agak hampa", meski kurang yakin Ed masih menaruh harapan pada Valve dan berkata, "Had masa CS:GO telah tamat, bagaimanapun harus ada siri POP yang menggantikan takhta permainan itu".[2] Charlie Theel dari Polygon memuji Counter-Strike 2 dengan ulasan "langkah jauh yang sangat baik bagi francais". Hal yang dipuji ialah: lakaran dan kemampuan senjata yang setaraf, penampakan grafik yang lebih elok, reka suara lebih tampak aktual dan pengarahan tata seni.[10]

Pandangan Pemain[sunting | sunting sumber]

Siri ini mendapat hujatan keras daripada pemain sebab ketika tarikh permainan keluaran, server CS:GO sempat dipadam oleh pelantar Steam, akibatnya pemain tidak boleh memainkan moda lama seperti Arms Race (Rempit Senjata) and Danger Zone (Zon Ugutan).[11] Pemain pun beramai-ramai menyerang laman-laman yang pro-counter strike 2 dengan memberikan ratusan ribu ulasan negatif, Valve dan Steam pun meredam amarah netizen dengan licik. Kedua syarikat itu melencongkan lebih daripada 2 juta ulasan CS:GO kepada CS2, agar siri terbaharu itu tampak tidak berlaku apapun.[12] Graham Smith dari Rock Paper Shotgun mendakwa bahawa Counter-Strike 2 seharusnya mendapat markah hanya 59% dan menurutnya lebih pantas jikalau mendapat markah dekat dengan angka 0.[13]

Dalam reka kaji PCGamesN, setakat October 11, 2023, Counter-Strike 2 memejalkan peringkat sebagai permainan video dengan kritik paling negatif dari produk Valve dan permainan video muat turun terburuk sepanjang sejarah Steam.[14]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Meskipun permainan ini penuh kontroversi, Counter-Strike 2 tetap tersenarai dalam Anugerah Permainan Video 2023 ke atas kategori "Permainan E-sukan terbaik".[15]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TechRadar tidak disediakan
  2. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan RPS tidak disediakan
  3. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2CompRanks tidak disediakan
  4. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HG tidak disediakan
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2Wingman tidak disediakan
  6. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Metacritic tidak disediakan
  7. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan OpenCritic tidak disediakan
  8. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan EdgeIssue391 tidak disediakan
  9. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2PCGNReview tidak disediakan
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2PolygonReview tidak disediakan
  11. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan VG247 tidak disediakan
  12. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2SteamReviews tidak disediakan
  13. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2SteamReviewsRPS tidak disediakan
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan CS2SteamReviewsPCGN tidak disediakan
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan TGA2023Nomination tidak disediakan