Pemprosesan cahaya digital

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari DLP)
Logo DLP

Pemprosesan cahaya digital (bahasa Inggeris: Digital Light Processing, DLP) ialah teknologi yang digunakan dalam sesetengah peti TV dan projektor video. DLP adalah cap dagang milik Texas Instruments dan dicipta oleh Dr. Larry Hornbeck pada tahun 1987.

DLP, bersama LCD dan LCoS, telah menggantikan projektor belakang CRT sebagai teknologi paparan televisyen pancaran belakang masa kini, yang bersaing dengan paparan panel pipih LCD dan plasma dalam pasaran HDTV.[1]

DLP juga merupakan salah satu teknologi peneraju dalam pancaran wayang digital.

Peranti mikrocermin digital[sunting | sunting sumber]

Dalam projektor DLP, imej dihasilkan oleh kepingan-kepingan cermin teramat halus yang disusun secara matriks pada cip semikonduktor yang dikenali sebagai peranti mikrocermin digital (Digital micromirror device, DMD). Setiap keping cermin memancarkan satu atau beberapa piksel pada imej yang terpancar. Bilangan keping cermin bersamaan dengan leraian imej tayangan (biasanya separuh sahaja dari leraian yang dihebahkan akibat getaran). Antara saiz-saiz biasa DMD termasuk matriks 800x600, 1024x768, 1280x720, dan 1920x1080 (HDTV). Cermin-cermin ini boleh dilaraskan dengan cepat untuk memantulkan cahaya sama ada melalui kanta atau ke dalam singki haba.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "4 styles of HDTV". CNET.com. 2007-03-13. Dicapai pada 2007-08-13.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]