1080p

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

1080p ialah istilah trengkas untuk satu kategori peleraian paparan. Nombor "1080" mewakili 1,080 garis peleraian menegak,[1] manakala huruf p adalah singkatan untuk imbas progresif (ertinya, imej bukan diimbas berselang seli). 1080p dikatakan merupakan salah satu mod video HDTV, selalunya diiringi nisbah imej layar lebar 16:9, menandakan peleraian mengufuk 1920 piksel. ini menghasilkan peleraian bingkai sejumlah 1920×1080, atau 2,073,600 piksel. Kadar bingkai dalam sukatan Hertz bolehlah sama ada dibayangkan konteks atau dihuraikan selepas huruf p, misalnya 1080p30, bererti 30 Hz.

1080p kadang-kadang diwar-warkan sebagai "Full HD" untuk tujuan pemasaran. Namun begitu, teknologi wayang digital 2K/4K boleh didapati di pasaran, sementara pemajuan video definisi ultra tinggi sedang berada dalam tahap penyelidikan.

Selain ertinya sebagai peleraian paparan, istilah 1080p juga menjelaskan kemampuan kelengkapan video. Penggunaan label-label 1080p dan 1080i yang berkait rapat dalam produk pengguna merangkumi pelbagai kemampuan. Contohnya, kelengkapan video menaikkan skala imej ke 1080p mengambil bahan berpeleraian lebih rendah lalu memformatkan semula bahan itu bagi pemaparan berpeleraian lebih tinggi. Imej yang terhasil adalah berbeza daripada paparan bahan asli 1080p pada peranti paparan berkemampuan 1080p. Begitu juga, kelengkapan yang berkemampuan memaparkan imej 720p dan 1080i mungkin tidak berkemampuan memaparkan bahan 1080p atau 1080i pada peleraian penuhnya. Selalunya bahan 1080p ini dikurangkan kepada kemampuan asal kelengkapan berkenaan. Istilah "native 1080p capable" kadang-kala dipakai untuk menandakam kelengkapan yang mampu memaparkan imej 1080p dengan sepenuhnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]