Deir ez-Zor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Deir ez Zor atau 'daerah az-Zawr' adalah bandar terbesar di timur laut Syria terletak di Sungai Efrat dan menjadi ibu kota Gabenor Deir ez-Zor , 450 km ke timur laut dari ibu kota Damaskus .Pada tahun 2009, 511,000 penduduk tinggal di kawasan metropolitan ini.

Nama[sunting | sunting sumber]

Terdapat tapak purba dengan biara awal Kristian .Nama Zor yang merujuk kepada tebing sungai semak, hanya muncul dalam beberapa rekod akhir Uthmaniyyah

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pekan moden dibangunkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1867 . Pada tahun 1915, bandar ini menjadi lokasi 'Genosid Armenia' Sebuah memorial memperingati tragedi ini didirikan di bandar raya ini pada 1991. [4] Perancis menduduki Deir ez-Zor pada tahun 1921 .Kemudian diperintah oleh Haji-Fadel Abboud, dari keluarga bangsawan. Pada tahun 1941, tentera British mengalahkan Perancis semasa kempen Syria-Lubnan.

Deir ez-Zor terletak 85 km di barat laut, tinggalan Dura-Europos telah ditemui.Semasa era Rom, ia merupakan pusat perdagangan yang penting di antara Empayar Rom dan India.Kemudian ia ditawan oleh Zenobia dan menjadi sebahagian daripada kerajaan Palmyra .Akhirnya ia telah dimusnahkan oleh orang Mongol ketika menguasai Timur Tengah.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kawasan ini merupakan kawasan pertanian yang subur dan makmur dan ternakannya ialah biri-biri, bijirin dan tanaman kapas. Kemudian petroleum ditemui di padang pasir Syria . Ia juga menjadi lokasi pelancongan yang inginkan menikmati suasana restoran tebing sungai gaya tradisional Perancis. Terdapat lombong garam berdekatan.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Majoriti penduduk adalah petani dari Jazira dan perbandaran suku Badwi Gurun Syria , dengan beberapa minoriti Kurdish , Armenia dan Syria .Kemarau yang teruk pada 1950-an dan 1990-an menukar gaya hidup.Dialek Arab digunakan di sana.Ia didominasi oleh Muslim Sunni dan Kristian.

Bandar ini juga terkenal dengan jambatan gantung Deir ez-Zor menyeberangi Sungai Euphrates dan telah siap pada tahun 1927. Muzium Deir ez-Zor menyimpan beribu-ribu barangan antik yang dikumpul dari tapak-tapak arkeologi di utara Mesopotamia. Kampus Universiti Al-Furat dan Universiti Al-Jazeera juga terletak di sini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]