Dia Semanis Honey Muzikal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dia Semanis Honey Muzikal
GenreTeater
Ditulis olehKhairulnazwan Rodzy (Juga sebagai Pengarah Lakon)
PengarahDira Datuk Seri Abu Zahar
Syed Zalihafe Syed Alwee
Dibintangi oleh
Alif Satar
Siti Nordiana
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifDira Datuk Seri Abu Zahar
PenerbitMichael Ang
LokasiPanggung Sari Istana Budaya
SinematografiRahmat Mat Aris
Abdul Rahim B. Mohd Arif
Abdul Hamid B. Mohamed Wahie
Mohaimin B. Azaini
Tempoh siaran2 jam 37 minit
Syarikat penerbitan
Cube Film Sdn. Bhd.
Hyper Pictures Sdn. Bhd.
Penyiaran
Siaran asal3 Januari 2017 – 9 Januari 2017
Kronologi
Rancangan berkaitan
Dia Semanis Honey
Dia Semanis Honeymoon
Dia Semanis Honey Raya

Dia Semanis Honey Muzikal merupakan sebuah pementasan teater muzikal drama adaptasi novel Malaysia, iaitu Dia Semanis Honey. Teater ini dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya di Kuala Lumpur selama tujuh hari.[1]

Selain mengekalkan Siti Nordiana dan Aliff Satar sebagai teraju utama, muzikal ini turut menampilkan sebahagian besar pelakon asal seperti, Datin Nina Juren, Ahmad Fauzee, Dafi dan Aleza Shadan. Sementara Marsha Milan dan Ungku Haris pula antara muka baru bagi menggantikan pelakon asal yang tidak dapat bersama menjayakan teater ini.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Sebuah kisah cinta antara Ahnaf Wafiy seorang C.E.O. di Syarikat Blue Corporation dengan setiausahanya, Hani Safira yang penuh dengan babak-babak romantis dan komedi serta drama yang menyentuh perasaan. Ahnaf Wafiy yang merantau ke luar negara kerana kecewa dengan kekasihnya, Ariana, kini kembali ke tanah air dan berkenalan dengan setiausaha syarikatnya iaitu Hani Safira.

Perhubungan mereka yang dipenuhi dengan pertengkaran dan usik-mengusik telah membawa kepada sebuah rasa cinta yang manis. Namun pertemuan Ahnaf dan Ariana, bekas kekasihnya , secara tidak sengaja telah membuatkan Ahnaf membatalkan pernikahannya bersama Hani pada hari nikah mereka.

Ahnaf dan Ariana berpindah ke luar negara meninggalkan keluarga dan juga Hani yang sangat kecewa. Setelah tiga tahun berlalu, Ahnaf pulang ke tanah air semula dan kembali menagih cinta Hani yang saat itu sudah bertunang dengan Adam. Ikatan pertunangan Hani dan Adam mula goyah oleh kehadiran Ahnaf. Bella yang menyimpan perasaan kepada Ahnaf yang sudah duda ketika itu membuat perancangan bagi menghalangi cinta Ahnaf dan Hani bersatu.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Dia Semanis Honey Muzikal diterbitkan oleh Michael Ang dengan arahan Dira Datuk Seri Abu Zahar dan Syed Zalihafe Syed Alwee.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kemalia Othman (2017-01-05). "Tiket Habis, Pementasan 'Dia Semanis Honey Muzikal' Ditambah". mStar Online. Star Media Group. Dicapai pada 2023-11-19.
  2. ^ Dia Semanis Honey Muzikal. Dicapai 19 Oktober 2016
  3. ^ Budiey (2016-12-15). "Teater DIA SEMANIS HONEY MUZIKAL di Istana Budaya". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 2023-11-19.