Dianna Agron

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dianna Agron
Agron pada tahun 2014
Kelahiran
Dianna Elise Agron

(1986-04-30) 30 April 1986 (umur 37)
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari, pengarah video muzik
Tahun aktif2006–sekarang
Kerjaya muzik
GenreSoul, pop
Pengkarya berkait
  • Glee
  • A House For Lions

Dianna Elise Agron (/ˈɡrɒn/;[1] lahir April 30, 1986) ialah seorang pelakon, penyanyi, penari dan pengarah video muzik Amerika Syarikat. Agron membuat penampilan televisyen pertamanya sebagai Jessica Grant dalam CSI: NY pada tahun 2006. Dari tahun 2006 sehingga 2007, Agron mempunyai peranan berulang dalam Veronica Mars sebagai Jenny Budosh dan Heroes sebagai Debbie Marshall.

Pada tahun 2009, Agron dipilih untuk watak Quinn Fabray dalam siri Fox, Glee.[2] Pada tahun 2011, Agron membintangi dalam filem The Hunters dan I Am Number Four. Kemudiannya pada tahun itu, sebuah filem konsert Glee ditayangkan bertajuk Glee: The 3D Concert Movie. Pada tahun 2013, Agron membintangi sebagai Belle Blake bersama-sama Robert De Niro, Michelle Pfeiffer dan Tommy Lee Jones dalam filem The Family.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Agron dilahirkan di Savannah, Georgia dan dibesarkan di San Antonio, Texas dan San Francisco, California. Beliau merupakan anak perempuan kepada Mary dan Ronald S. Agron, seorang pengurus hotel Hyatt.[3][4][5] Beliau mempunyai seorang adik, Jason. Keluarga bapa Agron berasal dari Rusia dan menurut Agron, nama asal keluarga mereka adalah Agronsky tetapi telah diubah oleh pegawai Pulau Ellis.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Di parti pembukaan Glee, Mei 2009

Agron telah muncul dalam rancangan televisyen seperti Shark, Close to Home, CSI: NY, Numb3rs,[6] dan mempunyai peranan berulang dalam Veronica Mars. Beliau kemudiannya muncul sebagai Harper dalam siri 13 episod filem pendeik dipanggil It's a Mall World, diarahkan oleh Milo Ventimiglia, ditayangkan di MTV. Beliau kemudiannya mempunyai peranan berulang dalam musim kedua Heroes sebagai Debbie Marshall.

Watak Agron yang paling terkenal setakat ini adalah Quinn Fabray dalam siri Fox, Glee. Beliau menjalani uji bakat dengan lagu Frank Sinatra, "Fly Me to the Moon". Watak itu mendapatkan Agron pencalonan Anugerah Teen Choice untuk Bintang Wanita Breakout pada tahun 2009.[7] Beliau dan barisan pelakon yang lain dianugerahkan Anugerah Screen Actors Guild untuk Lakonan Cemerlang oleh Barisan Pelakon dalam Siri Komedi pada tahun 2010 dan dicalonkan dalam kategori yang sama pada tahun berikutnya.[8][9]

Di Jelajah Topik Hangat Glee, Ogos 17, 2009

Pada Julai 23, 2012, ia telah dilaporkan bahawa Agron akan kurang muncul dalam musim keempat Glee.[10] Karakter Agron hanya muncul dalam tiga episod: "Thanksgiving", "Naked" dan "I Do". Agron kembali pada musim kelima Glee untuk dua bahagian episod istimewa ke-100, "100" dan "New Directions".[11] Agron mengumumkan bahawa beliau akan kembali ke musim terakhir Glee.[12] Beliau muncul sebagai watak utama dalam dua episod, "Homecoming" dan "Jagged Little Tapestry" serta membuat penampilan kameo dalam episod terakhir, "Dreams Come True".

Filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2007, Agron muncul sebagai Dyanna dalam T.K.O., diarahkan oleh Declan Mulvey.[13] Beliau muncul sebagai Megan dalam filem komedi, Skid Marks.[14] Beliau juga muncul sebagai wanita Kyle dalam filem komedi, Rushers.[15] Beliau kemudiannya muncul dalam filem komedi, Dinner with Raphael dan mempunyai peranan kecil sebagai Sadie dalam Celebrities Anonymous, diarahkan oleh Dennis Hemphill Jr. Pada tahun 2010, beliau melakonkan watak Minnow Hayes dalam The Romantics.[16] Pada tahun yang sama, beliau melakonkan watak Natalie dalam Burlesque.[17] Beliau juga muncul dalam Bold Native.[18][19] Pada tahun 2010, Agron menjalani ujian untuk watak Gwen Stacy untuk filem The Amazing Spiderman tetapi watak itu diberi kepada Emma Stone kerana masalah jadual pengambaran Agron bersama Glee.[20][21]

Pada tahun 2011, Agron muncul sebagai Alice dalam The Hunters,[22][23] dan sebagai Sarah Hart dalam I Am Number Four.[24][25] Agron muncul dalam filem konsert Glee, Glee: The 3D Concert Movie. Beliau kemudiannya berlakon sebagai Belle Blake dalam The Family juga dibintangi Robert De Niro, Tommy Lee Jones dan Michelle Pfeiffer.[26] Filem ini ditayangkan pada September 13, 2013 dan menerima ulasan bercampur ke negatif. Pengkritik memuji lakonan Agron.

Agron di Bandar Raya New York, April 2011

Pada September 26, 2013, ia telah disahkan oleh Josh Boone bahawa Agron telah dipilih untuk berlakon dalam filem Pretenders bersama-sama Michael B. Jordan, Anton Yelchin dan Imogen Poots.[27] Beliau akan melakonkan watak bernama Victoria. Filem ini sekarang ditangguhkan sehingga semua barisan pelakon ada untuk pengambaran.[28]

Pada bulan Oktober 2013, Agron mula menjalani pengambaran A Conspiracy on Jekyll Island juga dibintangi Frank Grillo, AnnaSophia Robb, Minnie Driver, John Leguizamo, Ed Westwick dan Maggie Q.[29][30] Pada Julai 7, 2014, ia telah didedahkan bahawa Agron akan menyertai barisan pelakon Headlock bersama-sama Andy García, Justin Bartha, James Frain dan D. W. Moffett.[31] Agron muncul dalam filem 2015, Zipper sebagai Dalia. Filem ini juga dibintangi Patrick Wilson, Lena Headey dan John Cho. Zipper dibuka pada Januari 27, 2015 di Festival Filem Sundance dan ditayangkan pada Ogos 28, 2015 menerusi tayangan terhad.[32][33][34][35]

Pada Mac 31, 2014, ia telah dilaporkan bahawa Agron telah menyertai barisan pelakon filem Tumbledown bersama-sama Jason Sudeikis dan Rebecca Hall. Beliau melakonkan karakter bernama Finley. Pada Julai 28, 2014, ia telah diumumkan bahawa Agron akan melakonkan watak utama sebagai Sarah Barton dalam Bare. Paz de la Huerta, Chris Zylka dan Louisa Krause juga membintangi filem ini.[36] File mini dibuka pada bulan April 2015 di Festival Filem Tribeca dan menerima ulasan positif daripada pengkritik. Agron mengejut ramai dalam Bare, melakonkan adegan bogal dalam skrin pertamanya.[37][38]

Deadline.com mengesahkan pada Julai 13, 2015 bahawa Agron akan melakonkan watak utama dalam Hollow In The Land, ditulis dan diarahkan oleh Scooter Corkle.[39]

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 When a Stranger Calls Ahli sorak Kameo tidak dikredit
2007 T.K.O. Dyanna
2007 Skid Marks Megan
2007 Rushers Wanita Kyle Filem pendek
2009 Dinner with Raphael Dianna Filem pendek
2009 A Fuchsia Elephant Charlotte Hill Filem pendek
2010 Bold Native Samantha
2010 The Romantics Minnow Hayes
2010 Burlesque Natalie
2011 The Hunters Alice
2011 I Am Number Four Sarah Hart
2011 Glee: The 3D Concert Movie Quinn Fabray
2013 The Family Belle Blake
2014 Transformation[40] Diri sendiri Dokumentari pendek
2015 Zipper Dalia
2015 Tumbledown Finley
2015 Bare Sarah Barton
2015 Unity Pencerita[41] Dokumentari
2016 A Conspiracy on Jekyll Island Amelia Rhondart
2016 Headlock Tess Chandler
2016 Hollow in the Land Alison Miller
TBA Pretenders Victoria Stratton Ditunda

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2006 Close to Home Wanita Mabuk Episod: "Homecoming"
2006 CSI: NY Jessica Grant Episod: "Murder Sings the Blues"
2006 Drake & Josh Lexi Episod: "The Great Doheny"
2006 Shark Gia Mellon Episod: "Love Triangle"
2006 After Midnight: Life Behind Bars Kelly Filem TV
2006–07 Veronica Mars Jenny Budosh 3 episod
2007 Heroes Debbie Marshall 5 episod
2007 It's a Mall World Harper Pelakon utama; 13 episod
2008 Numb3rs Kelly Rand Episod: "Jack of All Trades"
2009 Celebrities Anonymous Sadie Filem TV
2009–15 Glee Quinn Fabray Musim 1–3: Tetap
Musim 4–6: Berulang
73 episod
2012 The Glee Project Diri sendiri 2 episod
2014 Inside Pediatrics[42] Diri sendiri Episod: "Into the Future"

Teater[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Lokasi Nota
2015 McQueen Dahlia St. James Theatre

Sebagai pengarah[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Nota
2009 A Fuchsia Elephant Filem pendek; juga penulis dan pengarah
2010 "Body"[43] Video muzik Thao & The Get Down Stay Down
2014 "Till Sunrise"[44] Video muzik Goldroom
2015 L'Américaine[45][46] Koleksi filem pendek Tory Burch

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Ref.
2013 "Just Another Girl"
(The Killers)
Brandon Flowers Warren Fu [47] [48]
2014 "I'm Not the Only One"
(Sam Smith)
Scorned bride Luke Monaghan [49][50][51]
2014 "Imagine"
(Pelbagai artis)
Diri sendiri (penyanyi) UNICEF [52]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "HollyLesson! 'Glee' Star Dianna Agron Tweets How to Pronounce Her Name". Hollywood Life. January 20, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-22. Dicapai pada December 4, 2013.
  2. ^ Malcolm, Shawna (May–June 2010). "Role Call". Emmy. North Hollywood, California: Academy of Arts and Sciences. XXXII (3): 108. ISSN 0164-3495. OCLC 4629234.
  3. ^ "Dianna Agron". Interview Magazine.
  4. ^ Miller, Julie (January 27, 2011). "Dianna Agron Worked on Her High School Yearbook, and 4 Other Gleeful Revelations". Movieline. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-20. Dicapai pada 2015-12-01.
  5. ^ Zuckerman, Suzanne (January 28, 2010). "Dreaming Big: Dianna Agron of Glee". Women's Health.
  6. ^ "Dianna Agron- Biography". Yahoo! Movies. Dicapai pada October 22, 2012.
  7. ^ "Teen Choice Awards 2010 Winners : Full List". Celebglitz. August 8, 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-07-09. Dicapai pada August 9, 2010.
  8. ^ "16th Annual Screen Actors Guild Awards scorecard". Los Angeles Times. Tribune Company. January 23, 2010. Dicapai pada January 24, 2010.
  9. ^ "Nominations Announced for the 17th Annual Screen Actors Guild Awards". Screen Actors Guild. Screen Actors Guild. December 16, 2010. Dicapai pada December 16, 2010.
  10. ^ "Twitter / KecksExclusives: "Don't think we'll be seeing much of @MsAmberPRiley @iharryshum @DiannaAgron and @MarkSalling on #glee new season, FOX suggests". Twitter. Dicapai pada December 4, 2013.
  11. ^ "It's Official: Dianna Agron Returns to Glee". TVLine. December 5, 2013.
  12. ^ Leffler, Samantha (September 5, 2014). "Glee Season 6: Dianna Agron Is Back on Set, in the Recording Studio! (PHOTO)". http://www.wetpaint.com/glee/articles/2014-09-05-season-6-dianna-agron-quinn. Dicapai pada December 6, 2014. External link in |publisher= (bantuan)
  13. ^ "TKO (2007) Official Trailer # 1". Worth Admission. Dicapai pada December 4, 2013.
  14. ^ "Skid Marks (Dianna Agron)". FirstPost. Dicapai pada October 5, 2007.
  15. ^ "Dianna Agron in Rushers". Dianna-Agron.com. December 9, 2012. Dicapai pada December 4, 2013.
  16. ^ "Dianna Agron on 'The Romantics' and Her Dream Role". Wetpaint. August 18, 2010.
  17. ^ "'Glee' Star Dianna Agron Joins Christina Aguilera and Cher In 'Burlesque'". Idolator. Dicapai pada January 21, 2010.
  18. ^ "Official Website of Bold Native". BoldNative.com. Dicapai pada December 4, 2013.
  19. ^ "Full Cast of Bold Native Actors/Actresses". Ranker. Dicapai pada December 4, 2013.
  20. ^ Porter, Rick (October 1, 2010). "'Glee's' Dianna Agron up for Gwen Stacy role in 'Spider-Man' - Zap2it - News & Features". Zap2it.
  21. ^ Fleming Jr, =Mike. "'SPIDER-MAN' UPDATE: Emma Stone To Be Offered Role Of Mary Jane Watson". Deadline.
  22. ^ "Dianna Agron In 'The Hunters': 'Glee' Star's Thrilling New Role". The Huffington Post. Dicapai pada December 27, 2011.
  23. ^ "Check Out The Trailer For Dianna Agron's New Horror Movie, 'The Hunters' — So Different Than 'Glee!'". Hollywood Life. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-01-26. Dicapai pada January 25, 2011.
  24. ^ "Glee good girl Dianna Agron upstaged by vampish co-star Teresa Palmer at I Am Number Four premiere". Daily Mail. Dicapai pada February 11, 2011.
  25. ^ "Dianna Agron On Set Interview 'I AM NUMBER FOUR'". Collider.com. Dicapai pada October 11, 2010.
  26. ^ "Dianna Agron Playing De Niro's Daughter in Luc Besson's 'Malavita' (Exclusive)". The Hollywood Reporter. Dicapai pada July 14, 2012.
  27. ^ "Dianna Agron has been cast opposite Anton Yelchin, Michael B. Jordan, and Imogen Poots in PRETENDERS! - Josh Boone's Tumblr". Tumblr. September 26, 2013. Dicapai pada December 4, 2013.
  28. ^ "Pretenders is currently on hold - Josh Boone's Tumblr". Tumber.
  29. ^ Kroll, Justin. "'The Butler' Producer Sets up Next Pic Starring Frank Grillo and Minnie Driver (EXCLUSIVE)". Variety. Dicapai pada 1 March 2015.
  30. ^ "'The Butler' Producer Sets up Next Pic Starring Frank Grillo and Minnie Driver (EXCLUSIVE)". Variety. October 29, 2013. Dicapai pada December 4, 2013.
  31. ^ "HEADLOCK". Twitter.
  32. ^ "Dianna Agron on Twitter". Twitter.
  33. ^ "Dianna Agron on Twitter". Twitter.
  34. ^ "Synopsis & Trailers".
  35. ^ Check Out This Official Poster For ZIPPER Starring @patrickwilson73 – The Trailer Arrives Tomorrow!
  36. ^ "Purple Milk". Drink Purple Milk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-16. Dicapai pada 2015-12-01.
  37. ^ 'Tumbledown': Tribeca Review
  38. ^ 'Bare': Tribeca Review
  39. ^ Dianna Agron Lands Lead In Indie ‘Hollow In The Land'; Adam Goldberg Joins Bruce Willis Detective Pic
  40. ^ "Video: Transformation feat. Dianna Agron, Gia Coppola, Dita Von Teese and More". Huh Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-08. Dicapai pada November 26, 2014.
  41. ^ Dave McNary (April 22, 2015). "Documentary 'Unity' Set for Aug. 12 Release with 100 Star Narrators". Variety. Dicapai pada May 1, 2015.
  42. ^ "Into the Future"
  43. ^ 'Glee' Star Directs Thao & Get Down Stay Down, Spin.com.
  44. ^ 'Twitter / Goldroom: So excited that @DiannaAgron directed the video for Till Sunrise. Can't wait to share with you guys!
  45. ^ Tory Burch elege Dianna Agron como representante da grife no Met Gala
  46. ^ WATCH THE TRAILER FOR TORY BURCH'S NEW FASHION FILM 'L'AMÉRICAINE' (EXCLUSIVE)[pautan mati kekal] Hollywood Reporter. August 28, 2015
  47. ^ "The Killers Feature 'Glee' Star in 'Just Another Girl'". Rolling Stone. November 25, 2013. Dicapai pada June 18, 2015.
  48. ^ The Killers – “Just Another Girl” Video (Feat. Dianna Agron), Stereogum.com.
  49. ^ Twitter / Jennychohair: Video making day with my dear friends!! @DiannaAgron @GeorgieEisdell @McMillenSam
  50. ^ Twitter / samssmithworld: I am so excited for you all to see my new music video!!!!!!!!! Last day of shooting today!!!!!!!
  51. ^ Twitter / AgronNews: NEWS - Georgie Eisdell has retweeted the SamSmithworld tweet regarding a video he is filming so it looks like Dianna is in it.
  52. ^ "UNICEF - Imagine". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-11-22. Dicapai pada 2015-12-01.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]