Dolma

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sarma dan dolma dari hidangan Turki.

Dolma merupakan kelompok hidangan sayuran sumbat yang biasa di Balkans dan wilayah sekitarnya, Timur Tengah, Kaukasian (kebanyakan wilayah ini memiliki warisan masakan Otmaniah Ottoman, Russia, Asia Tengah dan Asia Selatan. Sayuran biasa yang digunakan bagi isian termasuk tomato, pepper, bawang besar, zucchini, dan terung. Daun anggur atau kubis membalut isian, yang digelar 'hidangan Sarma', juga dipanggil 'dolma' atau 'yaprak dolma'. Isian mungkin termasuk daging. Dolma daging biasanya dihidangkan panas-panas, sering kali bersama sos avgolemono ("lemon telur") atau sos yogurt bawang putih; yang tanpa daging biasanya dihidangkan sejuk. Sayuran sumbat juga biasa dalam hidangan Itali,di mana ia dikenali sebagai ripieni ("sumbat").[1]

Nama dan etymologi[sunting | sunting sumber]

Dolma merupakan kata nama sebutan ("verbal noun") dalam bahasa Turki verb dolmak, 'disumbat', dan bererti '("benda") sumbat'.[2][3] [4] Dolma merupakan sayuran sumbat, iaitu, sayuran yang dikosongkan dan disi dengan isian.

Sesetengah pakar bahasa Armenian mencadangkan bahawa dolma, yang disebut sebagai tolma di Armenia, dipinjam dari perkataan Urartian bagi anggur, toli, yang menjadikan dolma hasilan dari tolma yang mana datangnya dari toli.[5] Cadangan ini tidak diterima oleh pakar bahasa yang lainnya.

Isian[sunting | sunting sumber]

Isiannya biasanya terdiri dari nasi, daging cincang atau bijirin. Dalam kedua kes, isian biasanya termasuk bawang besar, herba seperti dill, mint atau parsley dan rempah. Isian tanpa daging dimasak dengan minyak zaitun dan termasuk kismis atau "Zante currant", bawang besar, kekacang atau "pulse".

Penyediaan dolma

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Alan Davidson, The Oxford Companion to Food. ISBN 0-19-211579-0.
  • Gosetti Della Salda, Anna (1967). Le ricette regionali italiane (dalam bahasa Italian). Milano: Solares. 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Gosetti (1967), passim
  2. Merriam-Webster Online - Dolma
  3. Encyclopedia Iranica. Dolma.
  4. Official Turkish Dictionary. Dolma.
  5. Irina Petrosian, David Underwood, Armenian food: fact, fiction & folklore, p. 82

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Resepi untuk Kiraz Yaprağı Sarma (Stuffed Cherry Leaves)