eMedicine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


eMedicine merupakan pengkalan pengetahuan perubatan klinikal di talian yang diasaskan pada tahun 1996 oleh Scott Plantz dan Richard Lavely, dua doktor perubatan. Ia berasaskan jaringan web sejagat dan mengandungi pandangan menyeluruh klinikal mengenai jenis penyakit oleh pakar dalam bidang tersebut. Kredit penddidikan perubatan lanjut boleh diunjurkan kepada mereka yang melengkapkan soaljawab berkait dengan setiap rencana. Ia terdiri daripada semua topik utama yang terkandung dalam setiap 62 sub-pengkhususan klinikan yang merangkumi hampir kesemua ubat klinikal. Setiap topik ditulis oleh badan sub-pengkhususan yang disahkan di mana rencana seperti bab ditugaskan, dan disunting oleh tiga badan sub-pengkhususan disahkan tambahan, termasuk juga penyunting farmasi. Semua pendidikan pengarang dan penyunting berkait disenaraikan bersama nama mereka. Sekitar 10,000 doktor dari seluruh dunia membantu mencipta kandungannya. Kesemua rencana dikemas-kini secara berkala melalui sistem penerbitan khusus bagi tapak eMedicine. Ia dibaca oleh doktor dan pelajar perubatan dari sekitar 120 negara. Kemas-kini dilakukan secar berterusan apabila kemajuan baru dalam bidang perubatan dicapai, dan tarikh pengemaskini terbaru akan diterbitkan pada setiap bab. Ia dijual kepada WebMD pada Januari 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]