Ecma International

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Ecma International
Singkatan Ecma
Penubuhan 1961
Jenis Pertubuhan piawaian
Tujuan Pemiawaian Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Elektronik Pengguna
Ibu pejabat Geneva
Kawasan khidmat Seluruh dunia
Bahasa rasmi Inggeris
Presiden / Setiausaha Agung Ms. Josée Auber / Dr. Istvàn Sebestyén
Orang penting K. Yamashita, D. Mc. Allister, I. Valet-Harper
Organ utama Perhimpunan Agung
Belanjawan yuran keahlian
Laman sesawang www.ecma-international.org

Ecma International ialah sebuah pertubuhan piawaian antara bangsa swasta bukan untung, untuk sistem maklumat dan komunikasi.[1] Namanya sekarang diperolehi pada tahun 1994, apabila Persatuan Pengeluar Komputer Eropah, (European Computer Manufacturers Association, ECMA) menukar namanya demi mencerminkan usaha dan aktivi globalnya. Akibatnya, nama 'Ecma' tidak lagi dianggap sebagai akronim dan tidak lagi menggunakan semua huruf besar.

Pertubuhan ini diasaskan pada 1961 bagi memiawaikan sistem komputer di Eropah. Keahlian adalah terbuka kepada syarikar besar mahupun kecil seluruh dunia yang menghasilkan, memasarkan atau membangunkan sistem komputer atau komunikasi, dan mempunyai minat serta pengalaman dalam bidang yang diceburi oleh badan-badan teknikal kumpulan ini. Ia terletak di Geneva.

Matlamat[sunting | sunting sumber]

Ecma bermatlamat untuk membangun piawaian serta laporan teknikal bagi memudahkan serta memiawaikan penggunaan teknologi komunikasi maklumat dan elektronik pengguna; menggalakkan penggunaan piawai yang betul dengan mempengaruhi persekitaran pada mana ia dipakai; kemudian menerbitkan piawaian serta laporan tadi dalam bentuk elektronik dan cetakan. Terbitan-terbitan Ecma, termasuk piawaian, boleh disalin dengan bebas oleh pihak-pihak berminat tanpa kekangan hak cipta. Pembangunan piawaian dan laporan teknikal dilakukan dalam kerjasama dengan pertubuhan kebangsaan, Eropah dan antarabangsa yang sesuai.

Berbeza dengan badan-badan pemiawaian kebangsaan, Ecma ialah sebuah pertubuhan berasaskan keahlian. Proses pemiawaiannya adalah kurang birokratik yang lebih tertumpu kepada mendapatkan hasil menerusi kesepakatan.

Selama lebih 50 tahun Ecma telah menyumbang kepada pemiawaian sedunia dalam teknologi maklumat dan telekomunikasi dengan giat. Lebih daripada 400 piawaian dan 100 laporan teknikal Ecma telah diterbitkan, lebih 2/3 daripadanya telah dipakai sebagai piawaian dan/atau laporan teknikal antarabangsa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]