Emile Lahoud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Emile Lahoud
اميل لحود
Emile Lahoud

Tempoh berjawat
24 November 1998 – 23 November 2007
Didahului oleh Elias Hrawi

Tarikh lahir 12 Januari 1936
Tempat lahir Beirut, Lubnan
Pasangan Andrée Amadouny
Agama Kristian Maronite

Emile Lahoud (bahasa Arab: اميل لحود) merupakan Presiden Republik Lubnan yang ke-14. Sebelum menjadi Presiden, beliau pernah menyandang jawatan Komander Angkatan Tentera Lubnan.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Bapanya, Jeneral Jamil Lahoud, merupakan antara pejuang kemerdekaan Lubnan yang terkenal. Selepas bersara, Jamil memulakan kerjaya politiknya, dan pernah menjadi Menteri Buruh dan Hal Ehwal Sosial.

Emile Lahoud dilahirkan di Beirut pada 1936. Ibunya ialah orang kaum Armenia yang berasal dari Syria. Lahoud menyertai tentera Lubnan apabila berusia 20 tahun. Beliau dinaikkan pangkat beberapa kali sehingga dilantik sebagai Komander Angkatan Tentera pada 1989. Semasa Perang Saudara Lubnan 1975-1990, Lahoud berkhidmat di bawah Jen Michel Aoun.

Pada 1998, Lahoud menyertai pilihan raya Presiden Lubnan dan dipilih oleh ahli Parlimen sebagai Presiden negaranya yang ke-14. Menurut Perlembagaan Lubnan, tempoh khidmat Presiden berakhir selepas 6 tahun, dan Presiden-presiden hanya berkhidmat untuk satu tempoh sahaja. Walau bagaimanapun, pada tahun 2004, Parlimen Lubnan telah memanjangkan tempoh Lahoud sehingga 2007. Tindakan ini dikatakan dipengaruhi oleh pihak Syria.

Tamat tempoh[sunting | sunting sumber]

Apabila tempoh Lahoud sebagai Presiden tamat pada November 2007, ahli Parlimen pro dan anti-Syria masih gagal melantik penggantinya akibat pertikaian atas pemilihan calon. Sebelum meninggalkan jawatan, Lahoud mengumumkan bahawa beliau menyerahkan tanggunjawab keselamatan kepada tentera Lubnan. Sejak tiga orang ahli Hezbollah meletak jawatan sebagai Menteri dalam Kabinet, Lahoud enggan mengiktiraf Kerajaan Eksekutif yang dipimpin Fouad Siniora, dengan alasan sebuah kabinet yang mengecualikan pihak Syiah adalah melanggar Perlembagaan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Elias Hrawi
Presiden Lubnan
2007 – kini
Pemegang jawatan kini