Emma Roberts

Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Emma Roberts
Roberts pada tahun 2015
Kelahiran
Emma Rose Roberts

(1991-02-10) 10 Februari 1991 (umur 33)
PekerjaanPelakon, penyanyi
Tahun aktif2001–sekarang
Ibu bapaEric Roberts
Kelly Cunningham[1]
SaudaraJulia Roberts (ibu saudara)
Lisa Roberts Gillan (ibu saudara)
Kelly Nickels (bapa tiri)
Laman web rasmiwww.emmaroberts.net

Emma Rose Roberts (lahir Februari 10, 1991) ialah seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Selepas peranan kecil dalam filem termasuk Blow (2001), beliau mula dikenali dengan peranan sebagai Addie Singer dalam siri televisyen Nickelodeon Unfabulous (2004–07) dimana beliau mendapat pencalonan untuk Teen Choice Award dan enam Young Artist Award. Beliau mengeluarkan album pertamanya, yang juga bertindak sebagai runut suara rancangan itu, Unfabulous and More pada tahun 2005.

Selepas Unfabulous berakhir, Roberts membintangi filem-filem termasuk Aquamarine (2006), sebagai tajuk karakter dalam Nancy Drew (2007) dan Wild Child (2008). Mencari peranan yang lebih matang, beliau muncul dalam drama Lymelife (2009). Beliau merupakan sebahagian daripada barisan pelakon bersama ibu saudaranya Julia Roberts dalam Valentine's Day (2010) dan mempunyai peranan utama dalam 4.3.2.1 (2010), Scream 4 (2011), We're the Millers (2013), Adult World (2013) dan Palo Alto (2013). Juga pada tahun 2013, beliau kembali ke televisyen, melakonkan watak Madison Montgomery dalam American Horror Story' musim ketiga, Coven dan dalam musim keempat Freak Show sebagai Maggie Esmerelda. Roberts melakonkan watak Chanel Oberlin dalam komedi seram Fox Scream Queens pada bulan September 2015.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Roberts dilahirkan di Rhinebeck, New York[2] kepada Kelly Cunningham dan pelakon, Eric Roberts.[3] Ibu-bapa beliau tidak pernah berkahwin dan berpisah ketika beliau masih bayi. Melalui perkahwinan bapanya, beliau adalah anak tiri kepada Eliza Roberts. Melalui perkahwinan ibunya, beliau merupakan anak tiri kepada pemuzik, Kelly Nickels. Beliau mempunyai seorang kakak tiri sebelah ibu, Grace.[4] Nenek sebelah bapa beliau merupakan seorang jurulatih lakonan Betty Lou Bredemus (1934–2015), dan ibu saudaranya merupakan pelakon Julia Roberts dan Lisa Roberts Gillan. Semasa zaman kanak-kanak, Roberts menghabiskan masa di set filem ibu saudaranya, Julia. Pengalaman ini mencetuskan keinginan untuk mengikut bapa dan ibu saudara beliau ke dalam industri filem.[4] Ibunya pada mulanya mahukan beliau menjalani zaman kanak-kanak normal.[5]

Karier lakonan[sunting | sunting sumber]

2001–05: Awal karier[sunting | sunting sumber]

Roberts di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2010

Roberts membuat penampilan lakonan pertamanya ketika berumur sembilan tahun dalam filem drama 2001 Blow. Ia merupakan filem pertama beliau menjalani uji bakat.[5] Di dalam filem itu, beliau melakonkan watak Kristina Jung, anak perempuan karakter Johnny Depp (penyeludup kokain George Jung). Pada tahun itu, beliau juga mempunyai peranan dalam filem pendek 10-minit Leif Tilden, bigLove dan tidak merupakan pelakon tambahan yang tidak dikredit dalam sesetengah babak memaparkan ibu saudaranya, Julia Roberts dalam America's Sweethearts.[6]

Roberts kemudiannya mempunyai peranan kecil dalam dua filem keluarga: pada tahun 2002 dalam Grand Champion, sebagai adik kepada karakter utama Buddy (Jacob Fisher); dan pada tahun 2003 dalam Spymate sebagai anak perempuan bekas ejen rahsia Mike Muggins (Chris Potter). Grand Champion mempunyai pelepasan teater ringkas pada bulan Ogos 2004,[7] manakala Spymate tidak dikeluarkan sehingga bulan Februari 2006, apabila ia diberi pelepasan teater di Kanada,[8] disusuli dengan keluaran DVD pada bulan April 2006.

Pada tahun 2004, beliau mula membintangi sebagai peranan utama Addie Singer dalam siri Nickelodeon Unfabulous,[9] yang membuat penampilan pertama pada bulan September tahun itu. Sitkom itu mendapatkan Roberts satu pencalonan Teen Choice Award dan beberapa pencalonan Young Artist Award.[10] Siri ini menfokuskan Addie dan dua orang kawan baiknya. Ia disiarkan untuk tiga musim (2004–07). Rancangan ini juga melahirkan Filem TV, termasuk The Perfect Moment. Juga pada tahun 2004, Roberts membintangi dalam satu episod siri Nickelodeon Drake and Josh bertajuk "Honor Council". Selepas peranan beliau dalam Unfabulous, Nickelodeon telah menimbangkan untuk memberi Roberts permulaan dalam kerjaya muzik.[11]

2006–12: Kerja filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2006, Roberts kembali ke skrin besar, membintangi bersama Sara Paxton dan penyanyi JoJo dalam Aquamarine. Beliau memenangi Young Artist Award 2007 untuk Pelakon Wanita Muda Sokongan Terbaik dalam Filem untuk peranannya dalam filem itu.[12] Aquamarine mendapat tempat kelima dalam box office pada minggu pembukaannya dengan kutipan $8 juta.[13] Pada awal tahun 2006, Roberts habis menjalani pengambaran Nancy Drew. Filem ini ditayangkan pada Jun 15, 2007 dan mengutip lebih daripada $7 juta dalam minggu pembukaannya,[14] tetapi filem ini tidak diterima baik oleh pengkritik.[15] Roberts dijadual untuk bersatu semula bersama pengarah Nancy Drew Andrew Fleming untuk Rodeo Gal[16] dan sekuel Nancy Drew pada tahun 2007, tetapi filem-filem ini tidak pernah dibuat.[17][18] Pada tahun 2008, beliau membuat penampilan pertama suara apabila beliau menyuarkan karakter Wilma versi Bahasa Inggeris dalam filem animasi The Flight Before Christmas.[19]

Roberts pada bulan Oktober 2011

Pada tahun 2009, Roberts membintangi bersama Jake T. Austin dalam Hotel for Dogs,[20] berdasarkan novel oleh Lois Duncan. Filem ini dibuka pada bulan Januari 2009 dan mendapat tempat kelima dalam minggu pembukaannya dengan kutipan lebih $17 juta. Filem ini telah mengutip lebih daripada $114 juta dan menerima ulasan bercampur daripada pengkritik.[21] Roberts membintangi filem Wild Child,[22] tentang remaja daripada Malibu, California dihantar ke sekolah asrama di England.[23] Roberts juga muncul dalam filem bebas Lymelife bersama Alec Baldwin yang dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2008.

Pada tahun 2010, Roberts membintangi sebagai Grace dalam filem Valentine's Day dimana ibu saudara beliau, Julia Roberts juga muncul. Beliau juga muncul dalam Twelve dan It's Kind of a Funny Story.[24] Pada tahun berikutnya, beliau membintangi filem adaptasi Memoirs of a Teenage Amnesiac. Beliau juga membintangi bersama Freddie Highmore dalam filem romantik komedi The Art of Getting By.[25][26] Pada tahun 2011, beliau melakonkan watak Jill Roberts dalam filem Scream 4.[27][28]

Pada bulan Februari 2012, Roberts membintangi bersama John Cusack dan Evan Peters dalam Adult World. Lakonannya dipuji oleh Andrew O'Hehir dari Salon dan Stephanie Zacharek dari The Village Voice.[29] Roberts muncul sebagai pernana sokongan dalam Virginia yang menerima pelepasan teater yang terhad pada bulan Mei 2012 selepas ditangguh selama dua tahun setengah. Beliau kemudiannya muncul dalam filem 2012 Celeste and Jesse Forever.[30]

2013–sekarang: American Horror Story, Scream Queens[sunting | sunting sumber]

Roberts di PaleyFest 2014 untuk
American Horror Story: Coven

Pada Februari 7, 2013, The Hollywood Reporter mengesahkan bahawa Roberts telah dipilih untuk membintangi siri Fox bertajuk Delirium berdasarkan novel Lauren Oliver. Beliau melakonkan watak Lena Haloway, protagonis, tetapi Fox memutuskan untuk tidak mengambil siri itu.[31][32] Roberts kemudiannya membintangi filem komedi We're the Millers bersama-sama Jennifer Aniston dan Jason Sudeikis. Ia ditayangkan pada Ogos 7, 2013. Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik dan mendapat kejayaan kewangan, mengutip lebih daripada $269 juta berbanding bajet sebanyak $37 juta.[33] Beliau kemudiannya muncul dalam musim ketiga siri seram American Horror Story bermula pada lewat tahun 2013 sehingga bulan Januari 2014. Roberts melakonkan watak Madison Montgomery.[34] Beliau kemudiannya melakonkan watak Maggie Esmerelda dalam musim keempat dipanggil American Horror Story: Freak Show. Roberts juga akan kembali untuk musim kelima yang bertajuk Hotel.[35]

Roberts melakonkan watak utama dalam Palo Alto. Filem ini ditayangkan pada bulan Mei 2014 dan menerima ulasan positif. Roberts kemudiannya membintangi Ashby, melakonkan peranan sokongan Eloise. Filem ini mempunyai tayangan perdana dunia di Festival Filem Tribeca pada April 19, 2015,[36] dan ditayangkanpada September 25 dalam pelepasan terhad dan melalui video on demand.[37][38]

Roberts kemudiannya muncul dalam filem seram February bersama-sam Kiernan Shipka. Diarahkan oleh Osgood Perkins, filem ini dibuka di Festival Filem Antarabangsa Toronto 2015.[39] Roberts melakonkan peranan utama Chanel Oberlin dalam musim pertama siri komedi seram Fox Scream Queens bersama-sama Jamie Lee Curtis dan Lea Michele. Siri ini dicipta oleh penerbit American Horror Story, Ryan Murphy dan Brad Falchuk bersama penerbit Glee Ian Brennan.[40] Pada bulan Januari 2015, ia telah disahkan bahawa beliau akan membintangi Nerve bersama-sama Dave Franco.[41]

Karier muzik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2005, Roberts mengeluarkan album pertama bertajuk Unfabulous and More. Album ini dikeluarkan pada September 27, 2005 melalui Columbia Records dan Nick Records. Ia juga berperanan sebagai runut suara siri televisyen Unfabulous yang dibintangi Roberts. Album ini mendapat nombor 46 dalam carta Billboard, Top Heatseekers.[42] Pada bulan September 2005, dua lagu single promosi dikeluarkan melalui album: "I Wanna Be" dan "Dummy". Album ini mempunyai beberapa lagu asal (diantara mereka "Dummy" adan "I Wanna Be", kedua-duanya juga dikeluarkan dalam video muzik, "I Have Arrived" dan "This Is Me", yang ditulis bersama oleh Roberts) serta beberapa lagu Addie daripada musim pertama. Pada tahun yang sama, Roberts merekodkan "If I Had It My Way" untuk runut suara filem Disney 2005 Ice Princess. Pada tahun 2006, Roberts mengeluarkan lagu "Island in the Sun", yang pada asalnya direkodkan oleh Weezer pada tahun 2001; beliau merekodkan lagu itu untuk runut suara Aquamarine, filem yang dibintanginya.

Pada bulan Februari 2009, Roberts dinamakan sebagai duta jenama Neutrogena.[43] Roberts juga muncul beberapa kali sebagai sebahagian daripada Senarai Pemakaian Terbaik Teen Vogue termasuk bulan Jun 2007, September 2008, Disember 2008 dan Februari 2009.[44]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada bulan September 2011, Roberts mula menghadiri Kolej Sarah Lawrence tetapi menjelang bulan Januari 2012, beliau menangguhkan pembelajarannya untuk menumpukan komitmen kerja.[45]

Roberts mula mempunyai hubungan dengan pelakon, Evan Peters pada tahun 2012 selepas mereka bekerja bersama dalam filem Adult World.[46] Pada bulan Julai 2013, semasa mereka tinggal di sebuah hotel di Montreal, Quebec, seseorang terdengar pertikaian yang datang dari bilik mereka dan memanggil polis.[47] Apabila polis tiba, mereka menahan Roberts. Peters tidak ditahan kerana Roberts tidak mempunyai apa-apa kecederaan serta-merta dilihat.[48] Peters enggan mendakwa dan Roberts dibebaskan beberapa jam kemudian.[49] Mereka bertunang pada bulan Disember 2013,[50][51] tetapi pada bulan Jun 2015, ia telah dilaporkan bahawa mereka telah mengakhiri pertunangan mereka.[52] Pada bulan Mac 2019, Roberts dan Peters memutuskan hubungan mereka untuk selamanya.

Pada bulan Mac 2019, Roberts memulakan hubungan dengan pelakon Garrett Hedlund.


Filmografi[sunting | sunting sumber]

Film[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2001 Blow Kristina Sunshine Jung
2001 bigLove Delilah Filem pendek
2001 America's Sweethearts Girl in Purple T-shirt Tidak dikredit[53]
2002 Grand Champion Sister
2003 Spymate Amelia Muggins
2006 Aquamarine Claire Brown
2007 Nancy Drew Nancy Drew
2008 The Flight Before Christmas Wilma Peranan suara
2008 Wild Child Poppy Moore
2008 Lymelife Adrianna Bragg
2009 Hotel for Dogs Andi
2009 The Winning Season Abbie
2010 Valentine's Day Grace Smart[54]
2010 Memoirs of a Teenage Amnesiac Alice Leeds
2010 Twelve Molly Norton
2010 4.3.2.1 Joanne
2010 It's Kind of a Funny Story Noelle
2010 Virginia Jessie Tipton
2011 Scream 4 Jill Roberts
2011 The Art of Getting By Sally Howe
2012 Celeste and Jesse Forever Riley Banks
2013 Empire State Nancy Michaelides
2013 We're the Millers Casey Matthis
2014 Adult World Amy
2014 Palo Alto April
2015 I Am Michael Rebekah Fuller
2015 Ashby Eloise
2015 February Joan
2016 Nerve Vee

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Nota
2004–07 Unfabulous Addie Singer Peranan utama (41 episod)
2004 Drake & Josh Addie Singer Episod: "Honor Council"
2007 The Hills Diri sendiri Episod: "Young Hollywood"
2010 Jonas L.A. Diri sendiri Episod: "House Party"
2010 Take Two with Phineas and Ferb Diri sendiri Episod: "Emma Roberts"
2011 Extreme Makeover: Home Edition Diri sendiri Episod: "The Brown Family"
2013 Family Guy Amanda Barrington (suara) Episod: "No Country Club for Old Men"
2013–
sekarang
American Horror Story Madison Montgomery 13 episod (Coven)
Maggie Esmerelda 10 episod (Freak Show)
TBA Musim akan datang (Hotel)
2014 Delirium Lena Haloway Peranan utama (Unsold Fox pilot)
2015 Scream Queens Chanel Oberlin Peranan utama

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album runut suara[sunting | sunting sumber]

Senarai album bersama posisi carta terpilih
Tajuk Butiran album Puncak
US
Heat.

[55]
Unfabulous and More
  • Released: September 27, 2005[56]
  • Formats: CD, muat turun digital
  • Label: Columbia, Sony
46
"—" menandakan pelepasan yang tidak menduduki carta atau tidak dikeluarkan di negara itu.

Lagu single[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu single
Tajuk Tahun Album
"I Wanna Be"[57] 2005 Unfabulous and More
"Dummy"[58]
"Santa Claus Is Coming to Town"[59]

Penampilan lain[sunting | sunting sumber]

Tajuk Tahun Album
"If I Had It My Way" 2005 Ice Princess
"Island in the Sun" 2006 Aquamarine
"Do It On My Face" 2012 Celeste And Jesse Forever

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Senarai video muzik
Tajuk Tahun Pengarah Artis Nota
"I Wanna Be" 2005 Diri sendiri
"Dummy" Diri sendiri
"Go Outside" 2011 Isaiah Seret[60] Cults Penampilan tetamu
"Testosterone" 2012 Petro[61] Haziq and the Giggles Penampilan tetamu

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Kerja Keputusan
2005 Young Artist Awards Best Performance in a TV Series (Comedy or Drama) – Leading Young Actress Unfabulous Tercalon
Outstanding Young Performers in a TV Series Tercalon
Teen Choice Awards Choice TV Breakout Performance – Female Tercalon
Kids' Choice Awards, Australia Favorite Rising Star Tercalon
2006 Young Artist Awards Best Young Ensemble Performance in a TV Series (Comedy or Drama) Tercalon
2007 Young Artist Awards Best Performance in a Feature Film – Supporting Young Actress Aquamarine Menang
Best Performance in a TV Series (Comedy or Drama) – Leading Young Actress Unfabulous Tercalon
ShoWest Female Star of Tomorrow N/A Menang
Kids' Choice Awards Favorite TV Actress Unfabulous Tercalon
Teen Choice Awards Choice TV Actress: Comedy Tercalon
Choice Movie: Female Breakout Nancy Drew Tercalon
Choice Movie Actress: Comedy Tercalon
Kids' Choice Awards, Australia Favorite Movie Star Aquamarine Tercalon
2008 Kids' Choice Awards Favorite TV Actress Unfabulous Tercalon
Young Artist Awards Best Performance in a TV Series – Leading Young Actress Tercalon
Best Young Ensemble Performance in a TV Series Tercalon
Best Performance in a Feature Film – Leading Young Actress Nancy Drew Tercalon
Best Performance in a Feature Film – Young Ensemble Cast Tercalon
Kids' Choice Awards, Australia Favorite Movie Star Tercalon
2010 Young Artist Awards Best Performance in a Feature Film – Leading Young Actress Hotel for Dogs Tercalon
Teen Choice Awards Choice Summer Movie Star: Female Twelve Tercalon
2011 Choice Movie Actress: Romantic Comedy The Art of Getting By Tercalon
2014 MTV Movie Awards Best Kiss (Shared with: Jennifer Aniston and Will Poulter) We're the Millers Menang
Maui Film Festival Shining Star Award[62] N/A Menang
Teen Choice Awards Choice Movie Actress: Comedy We're the Millers Menang
Choice Movie: Liplock (Shared with: Jennifer Aniston and Will Poulter) Tercalon
Candie's Style Icon N/A Tercalon
2015 People's Choice Awards Favorite Actress In A New TV Series Scream Queens Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Smith, Stacy Jenel. "Roberts Rule: With Emma's Star on the Rise, They're a Dynasty". Netscape Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada March 25, 2013. Dicapai pada September 24, 2005.
  2. ^ McNeil, Liz (July 31, 2010). "5 Things to Know About Chelsea's Wedding Town, Rhinebeck, N.Y." People. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2015-11-06. Emma was born on February 10, 1991, in Northern Dutchess Hospital [in Rhinebeck].
  3. ^ Smith, Stacy Jenel. "Roberts Rule: With Emma's Star on the Rise, They're a Dynasty". Netscape Communications. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-25. Dicapai pada September 24, 2005.
  4. ^ a b Elaine Lipworth (2005). "Recognise That Smile?". You Magazine (July 24, 2005): 28–31. I'm definitely closer to my mom and stepdad and I don't see my real father much
  5. ^ a b Murray, Rebecca. "Emma Roberts Biography". About.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-06. Dicapai pada June 19, 2012.
  6. ^ "Greasepaint Genes". Newsweek. Diarkibkan daripada yang asal pada January 16, 2008. Dicapai pada September 25, 2005.
  7. ^ "Grand Champion". Box Office Mojo. Dicapai pada February 26, 2006.
  8. ^ "Chimp Chumps". Now Magazine. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-06-23. Dicapai pada September 22, 2006.
  9. ^ Johnson, Aaron (April 7, 2011). ""SCRE4M": Who is Emma Roberts?". Yahoo. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-22. Dicapai pada July 2, 2013.
  10. ^ "Awards for Emma Roberts". IMDb.
  11. ^ Keck, William (January 7, 2005). "She's not just another Roberts". USA Today. Dicapai pada September 24, 2005.
  12. ^ "28th Annual Young Artist Awards: Winners and Nominees". Dicapai pada March 12, 2007.
  13. ^ "Aquamarine (2006)". Box Office Mojo. May 25, 2006. Dicapai pada April 30, 2009.
  14. ^ "Nancy Drew". Dicapai pada July 2, 2007.
  15. ^ "Nancy Drew". Dicapai pada January 17, 2008.
  16. ^ McClintock, Pamela; Fleming, Michael (May 2, 2006). "WB corrals thesp for 'Rodeo' pic". Variety. Dicapai pada May 5, 2006.
  17. ^ McClintock, Pamela (March 21, 2007). "Trio clues in to 'Drew' sequel". Variety. Dicapai pada May 3, 2007.
  18. ^ ""Unfabulous" Emma's Back-to-Back Movies Don't Include Drew 2/Keke Palmer Blown Away by Her Own Performance". Creators Syndicate. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-12-02. Dicapai pada November 28, 2007.
  19. ^ "The Flight Before Christmas (2008)". Rotten Tomatoes.
  20. ^ "DW readies 'Hotel' room for Roberts". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada August 15, 2007.
  21. ^ "HOTEL FOR DOGS". Box Office Mojo.
  22. ^ Fleming, Michael (May 1, 2007). "Roberts to star in 'Child'". Variety. Dicapai pada May 3, 2007.
  23. ^ "Role Reversal". Teen Vogue. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-11. Dicapai pada April 10, 2009.
  24. ^ Sciretta, Peter (November 30, 2009). "Ryan Fleck's It's Kind of a Funny Story Begins Production". Slash Film. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-12. Dicapai pada June 12, 2010.
  25. ^ Kilday, Gregg (May 12, 2010). "Emma Roberts, William Moseley in 'Education'". The Hollywood Reporter. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-22. Dicapai pada June 12, 2010.
  26. ^ Cox, Gordon (April 21, 2010). "Roberts, Highmore assigned 'Homework'". Variety. Dicapai pada April 24, 2010.
  27. ^ "Latest Scream 4 Casting News". Dread Central. May 27, 2010. Dicapai pada May 15, 2013.
  28. ^ "Emma Roberts Lands Starring Role in 'Scream 4'". Bloody Disgusting.
  29. ^ Zacharek, Stephanie (February 12, 2014). "Think You're Special? See Adult World". Village Voice. Dicapai pada May 7, 2015.
  30. ^ Bueno, Antoinette (January 23, 2012). "Emma and Elijah on 'Painful Breakups'". The Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-03. Dicapai pada August 15, 2012.
  31. ^ "Emma Roberts to Star in Fox Drama 'Delirium'". The Hollywood Reporter. February 7, 2013. Dicapai pada May 15, 2013.
  32. ^ Hibberd, James (May 8, 2013). "Fox rejects 'Delirium' pilot starring Emma Roberts". Entertainment Weekly. Dicapai pada May 8, 2013.
  33. ^ "We're the Millers (2013)". Box Office Mojo. Dicapai pada September 8, 2013.
  34. ^ Masters, Megan (May 22, 2013). "American Horror Story Exclusive: Emma Roberts Joins the FX Spookfest's Coven". TV Line. Dicapai pada May 22, 2013.
  35. ^ http://www.zap2it.com/blogs/american_horror_story_hotel_emma_roberts_returning_ryan_murphy_confirms-2015-06/
  36. ^ https://tribecafilm.com/filmguide/ashby-2015
  37. ^ http://www.screendaily.com/festivals/cannes-news/paramount-nabs-tribeca-hit-ashby/5087943.article
  38. ^ http://www.indiewire.com/article/micky-rourke-nat-wolff-and-emma-roberts-unite-in-exclusive-ashby-poster-20150820
  39. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-12-09. Dicapai pada 2015-11-06.
  40. ^ "Jamie Lee Curtis, Emma Roberts Join Ryan Murphy's Scream Queens for Fox". TVLine. December 8, 2014. Dicapai pada December 9, 2014.
  41. ^ http://variety.com/2015/film/news/dave-franco-and-emma-roberts-to-star-in-ya-thriller-nerve-1201412390/
  42. ^ "Emma Roberts: Artist Chart History". Billboard. Dicapai pada October 31, 2005.
  43. ^ "Emma Roberts Named Neutrogena Brand Ambassador". People. February 10, 2009. Dicapai pada January 7, 2014.
  44. ^ "Teen Vogue's Best Dressed list". Teen Vogue. Dicapai pada May 15, 2013.
  45. ^ "Life & Style Exclusive: Emma Roberts Puts College On Hold". Life & Style. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-02. Dicapai pada January 7, 2014.
  46. ^ "Evan Peters: Fiancée Emma Roberts encouraged me to take role in 'Adult World'". New York Daily News. February 13, 2014. Dicapai pada November 4, 2014.
  47. ^ "Emma Roberts arrested for hitting boyfriend Evan Peters". London Evening Standard. July 17, 2013. Dicapai pada October 27, 2014.
  48. ^ "Emma Roberts shows badly bruised legs after domestic dispute with boyfriend Evan Peters". NY Daily News. July 18, 2013. Dicapai pada October 27, 2014.
  49. ^ Shira, Dahvi (July 17, 2013). "Did Emma Roberts's Relationship with Evan Peters Turn Violent?". People. Dicapai pada July 17, 2013.
  50. ^ "Emma Roberts Engaged to Evan Peters". People. January 6, 2014. Dicapai pada January 7, 2014.
  51. ^ "How Do Emma Roberts and Evan Peters Really Feel About Being Engaged? Watch Now!". E! News. March 31, 2014. Dicapai pada October 27, 2014.
  52. ^ Corriston, Michele (June 12, 2015). "Emma Roberts and Evan Peters Call Off Engagement". People. Dicapai pada June 13, 2015.
  53. ^ "Emma Roberts". TV Guide. Dicapai pada April 21, 2015.
  54. ^ "What's Wrong with Virginia premiere". Toronto Sun. September 16, 2010. Dicapai pada October 26, 2010.
  55. ^ "Billboard Chart History". Billboard. Dicapai pada May 13, 2010.
  56. ^ "Unfabulous and More by Emma Roberts". iTunes. Dicapai pada May 13, 2010.
  57. ^ "I Wanna Be by Emma Roberts". SoundCloud. Dicapai pada May 13, 2010.
  58. ^ "Dummy by Emma Roberts". SoundCloud. Dicapai pada May 13, 2010.
  59. ^ "Santa Claus Is Comin' to Town – Single by Emma Roberts". iTunes. Dicapai pada May 13, 2010.
  60. ^ "Cults "Go Outside" the Jonestown Tragedy — Video". MTV. Dicapai pada May 13, 2010.
  61. ^ "Haziq & The Giggles - Testosterone". Jerry Bland. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-04-19. Dicapai pada May 13, 2010.
  62. ^ Iain Blair (June 4, 2014). "Lupita Nyong'o, Emma Roberts Among Maui Film Fest Honorees". Variety. Dicapai pada June 9, 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]