English Carrier

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Carrier
Status pemuliharaan Biasa
Nama lain English Carrier
Negara asal England
Pengelasan
Kumpulan Baka A.S Pial
Kumpulan Baka EE Pial
Nota
Salah seekor baka merpati hias tertua.
Merpati (Columba livia)

Carrier atau English Carrier adalah satu baka merpati hias yang dibiakkan selama bertahun-tahun melalui pembiakan terpilih.[1] Carrier, bersama-sama dengan baka-baka merpati jinak yang lain berasal daripada burung Pergam Batu (Columba livia). Ia memiliki badan ramping, dengan leher yang agak panjang berbanding panjang keseluruhan badannya, dan ciri-ciri jelas yang lain termasuk satu pial bulat yang keras.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Baka ini telah dibiakkan di England daripada satu silangan baka-baka yang bukan berasal daripada Eropah termasuk Carrier Parsi dan Carrier Baghdad, dan pouter.[2] Baka merpati terbesar, Old English Carrier pada asalnya digunakan untuk menghantar mesej.

Menjelang pertengahan kurun ke-19, ciri-ciri pada standard English Carrier seolah-olah telah dicapai, dan baka ini dipuji kerana "keunggulan apabila kesemua ciri-ciri yang diingini telah dipenuhi".[3] Pada masa ini, warna-warna baka masih terhad kepada hitam, putih dan dun (warna kelabu keperangan).[3] Hari ini, English Carrier merupakan satu baka untuk pameran, dan bukan lagi baka merpati pos moden. Baka merpati pos kini dikenali sebagai Racing Homer, satu baka yang dibiakkan daripada lapan baka merpati yang berlainan termasuk English Carrier.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0-85390-013-2.
  2. ^ The Journal of Horticulture, Cottage Gardener and Country Gentlemen. VIII. London: The Proprietors. 1865. m/s. 241.
  3. ^ a b The Cultivator. VII. Albany, N.Y.: Luther Tucker and Son. 1859. m/s. 158.
  4. ^ Blechman, Andrew D. (2006). Pigeons: The Fascinating Saga of the World's Most Revered and Reviled Bird. New York: Grove Press. m/s. 185. ISBN 978-0-8021-1834-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]