Ensembel muzik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Portal:Ensembel muzik Portal Muzik klasikal

Ensembel muzik ialah kumpulan muzikal yang merangkumi sekumpulan dari dua atau lebih ahli muzik yang memainkan alat-alat muzik atau muzik vokal. Dalam setiap jenis muzik atau genre, model-model yang berbeza dari setiap ensembel telah berkembang mengikut saiz-saiz dan komposisi muzik, begitu juga repertoir lagu-lagu atau kerja-kerja muzik yang dijalankan oleh setiap ensembel.

Di dalam muzik klasikal, kumpulan tiga orang atau kuartet bermain secara berasingan untuk mencampurkan bunyi muzik dengan menggunakan alat-alat muzik seperti piano, alat muzik bertali dan alat muzik tiupan) ataupun juga bermain alat-alat muzik tersebut secara berkumpulan seperti membentuk kumpulan ensembal alat muzik bertali dan kumpulan alat muzik tiupan.

Dalam ensembel jaz, alat-alat muzik yang lazim adalah alat muzik mainan solo, (contohnya: saksofon, trompet, dan sebagainya) alat muzik korda, (contohnya: gitar elektrik, piano atau organ), alat muzik bes (contohnya: gitar bes atau gitar bes berkembar), dan seorang pemain dram atau pemain genderang.

Untuk ensembel muzik rock pula, kebiasaannya terdapat beberapa pemain gitar (satu atau dua pemain gitar elektrik, gitar bes, dan juga gitar akustik), pemain alat muzik keyboard (contohnya: organ Hammond, piano, piano elektrik, atau alat muzik elektronik sintesis), dan seorang pemain dram.

Portal:Ensembel muzik Portal Opera