Plácido Domingo sebagai "Calaf" dalam opera
Turandot
Plácido Domingo ialah sebagai
tenor opera yang memiliki repertoir yang terbesar, menyanyi/melakonkan 130 peranan yang berlainan di atas pentas opera/filem dan studio sehingga ke tarikh ini, meliputi hampir keseluruhan peranan penting untuk opera-opera
Itali,
Jerman dan
Perancis. Ini adalah rekod terbanyak pernah dibuat oleh seorang penyanyi opera.
Beliau juga banyak menerima pingat, anugerah dan kedoktoran dari banyak negara, industri-industri muzik dan universiti-universiti di serata dunia.
Motto beliau: "When I rest, I rust."
Untuk bacaan lanjut, sila rujuk Plácido Domingo dan Senarai rakaman Plácido Domingo
Sesetengah orang berpendapat bahawa opera dan muzik simfoni orkestra sepatutnya digelar "Muzik klasik" dan bukan "Muzik klasikal". Tetapi....
1. .. tahukah anda apakah definasi "Klasik" sebenarnya?
Jawapan pendek: "Klasik" bermaksud benda lama yang bermutu tinggi, termasuk muzik, kereta, barangan kaca, arca, lukisan dsb.
2. .. tahukah anda bahawa "Klasik" adalah perkataan terjemahan dari bahasa Inggeris iaitu "Classic"?
3. .. tahukah anda juga, di dalam bahasa Inggeris, rujukan kepada opera dan muzik simfoni orkestra ialah "Classical Music" dan bukan "Classic Music"?
4. .. tahukah anda bahawa opera dan muzik simfoni orkestra masih dicipta dengan banyaknya sehingga ke hari ini? Ini memberi jawapan kepada anda, mengapa bahasa Inggeris tidak memanggil opera dan muzik simfoni orkestra sebagai "Classic Music".
5. .. tahukah anda juga bahawa istilah "Classical" dicipta khas kepada "muzik" jenis ini sahaja?
6. ..tahukah anda tujuannya ciptaan istilah "Classical" sebenar dibuat khas untuk membezakannya dengan "Classic" bagi mengelakkan kekeliruan?
-
- Memandangkan anda kini telah tahu, adakah anda masih berpendapat bahawa opera dan muzik simfoni orkestra adalah "Muzik Klasik" dan bukan "Muzik klasikal"?
Penerangan: Muzik klasikal atau "Classical music" merujuk kepada muzik simfoni orkestra yang dimainkan tanpa nyanyian ataupun beserta nyanyian. Semua nyanyian opera diiringi oleh muzik simfoni orkestra, oleh sebab itu mereka amat berkait rapat antara satu sama lain.
Nota: Namun sejak kebelakangan ini terdapat banyak lagu-lagu pop dan rock juga dinyanyikan dengan iringan muzik simfoni orkestra.