Entisol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Entisol, dalam taksonomi tanih Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, didefinasikan sebagai tanih yang tidak menunjukan sebarang pembentukan profil selain dari horizon A. Entisol tidak mempunyai horizon diagnostik, dan kebanyakannya tidak terganggu daripada bahan induk, iaitu boleh jadi enapan tak kukuh atau batu. Entisol mewakili order tanah kedua terbesar (selepas inceptisol) dengan 16% keselurahan tanah bebas ais.

Di Australia, kebanyakan entisol dikenali sebagai rudosol atau tenosol, sementara arent dikenali sebagai anthroposol. Dalam pengelasan tanih FAO, kerana kelainan sifat, suborder entisol membentuk order tanih tersendiri (cth. fluvisol, lithosol).

Suborder[sunting | sunting sumber]

Arent - dicirikan oleh kehadiran serpihan-serpihan horizon pedogenik yang dahulu yang tersebar di seluruh tanih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]