FK Austria Wien

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Austria Wien
Nama penuhFußballklub Austria Wien
GelaranDie Veilchen (Violet)
Diasaskan15 Mac 1911; 113 tahun yang lalu (1911-03-15)
StadiumStadium Franz Horr,
Vienna, Austria
(Kapasiti: 12,500)
PengerusiWolfgang Katzian
PengurusThomas Parits
JurulatihGerald Baumgartner
LigaAustrian Bundesliga
2022/23Bundesliga Austria, Ke-5
Tapak sesawangLaman kelab
Warna tuan rumah
Warna tempat lawan
Musim semasa

Fußballklub Austria Wien (dalam bahasa Melayu dikenali sebagai; Austria Vienna), merupakan kelab bola sepak Austria yang berpangkalan di Vienna. Kelab ini telah menjuarai 24 gelaran Bundesliga Austria. Kelab ini merupakan pesaing terdekat dalam pertembungan Vienna, SK Rapid Wien. Dengan 27 kejayaan dalam Piala Austria dan enam dalam Piala Super Austria, Austria Wien merupakan kelab paling berjaya dalam kedua-dua kejohanan itu. Kelab ini juga pernah melangkah ke perlawanan akhir Piala Juara-Juara UEFA pada tahun 1978.

Stadium[sunting | sunting sumber]

FK Austria Wien bermain di tempat halamannya iaitu di Stadium Franz Horr dengan mempunyai kapasiti 13,000[1] sejak 2008. Stadium ini asalnya dibina pada 1925 untuk pasukan Slovan Vienna, kelab imigran orang Czech dan telah dimusnahkan oleh tentera Bersekutu pada Perang Dunia Kedua. Austria Wien berpindah ke tapak tersebut pada 1973 dan bermain perlawanan pertama mereka pada 26 Ogos. Stadium ini kemudian diberi nama iaitu Franz Horr, yang merupakan pengerusi kelab ini sempena memperingati kematian beliau. Stadium ini dibaik pulih dan menambah tempat duduk pada 1982, 1986, 1998 dan paling terkini pada tahun 2008.[2]

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Domestik[sunting | sunting sumber]

Bundesliga Austria (24)

Piala Austria (27)

  • Juara: 1921, 1924, 1925, 1926, 1933, 1935, 1936, 1948, 1949, 1960, 1962, 1963, 1967, 1971, 1974, 1977, 1980, 1982, 1986, 1990, 1992, 1994, 2003, 2005, 2006, 2007, 2009

Piala Super Austria (6)

  • Juara: 1990, 1991, 1992, 1993, 2003, 2004

Piala Wiener (2)

  • Juara: 1948, 1949

Kejohanan Eropah[sunting | sunting sumber]

Piala Mitropa (2)

  • Juara: 1933, 1936

Piala Juara-Juara UEFA

Copa Rio

  • Naib juara: 1952

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]