Falsafah Politik Pembangunan Sarawak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sarawak pada tahun 1980'an telah diperkenalkan kepada sebuah istilah iaitu politik pembangunan sebagai visi dalam pucuk kepimpinan di Sarawak. Istilah tersebut menjadi sebuah konsep yang sering bermain dalam fikiran rakyat Sarawak semasa berada di bawah tampuk pemerintahan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud pada tahun 1981 sehingga 2014. Politik pembangunan secara amnya membawa agenda untuk membawa masyarakat dan negeri Sarawak ke tahap yang lebih maju, setanding dengan negeri-negeri yang lain di Malaysia.

Politik Pembangunan bukanlah sebuah terma ataupun konsep yang baru kerana ianya membawa teori modenisasi dalam pembangunan negara. Perkara ini boleh dikaitkan dengan old-style modernization theory (King, 1993: 243).[1] Menurut beliau, konsep "politik pembangunan" di Sarawak ini tidak menekankan politik tetapi memberi fokus kepada pembangunan negeri Sarawak.

Menurut beliau, beliau tidak terlalu menekankan politik dalam pucuk kepimpinan beliau, tetapi lebih memberi fokus kepada pembangunan. Fokus beliau semasa memimpin adalah untuk memberi 80 peratus pembangunan dan 20 peratus politik (Mersat & Sanggin, 2011).[2] Oleh itu, dasar Politik Pembangunan Sarawak daripada tahun 1980 sehingga kini akan dibincangkan mengikut kronologi Premier Sarawak.

Politik pembangunan di Sarawak (1980 - 2022)[sunting | sunting sumber]

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (Premier Sarawak: 1981 - 2014)

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (1981 - 2014)[sunting | sunting sumber]

Kepimpinan Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri (Kini Premier) Sarawak sepanjang 33 tahun telah membuktikan bahawa dasar beliau dalam Politik Pembangunan telah membawa kepada pembangunan dan kemakmuran Sarawak. Perkara ini turut diakui menjadi salah satu corak pemerintahan yang terbaik oleh Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Machan, Henry Jugah pada tahun 2018 dalam membangunkan sosial, ekonomi dan modal insan di negeri Sarawak.


Pembangunan kepimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib telah berjaya menjurus kepada pembangunan dan kemakmuran Sarawak dengan mengetepikan perbalahan politik di peringkat negeri dan negara bagi menjamin pembangunan ekonomi Sarawak [3]. Sehubungan dengan itu, hasil daripada visi beliau telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sarawak daripada 70 peratus kepada satu digit sahaja [3].


Kepimpinan Tun Pehin Sri Abdul Taib juga telah membawa perubahan yang drastik dalam merapatkan jurang ketidaksamaan yang berlaku di Sarawak. Pembangunan pendidikan dapat dilihat melalui pembinaan satu-satunya universiti awam di Sarawak dan Universiti kelapan di Malaysia [4], iaitu Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Kewujudan UNIMAS telah membawa kepada usaha-usaha untuk bekerjasama dengan kampus universiti-universiti Barat dan Australia ke Sarawak yang menyumbang kepada peningkatan taraf sosial masyarakat Sarawak [3].


Pada tahun 2008, Malaysia telah memperkenalkan lima koridor ekonomi. Salah satu daripada koridor ekonomi yang telah diperkenalkan adalah Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak. Koridor ekonomi juga telah diperkenalkan semasa tampuk pemerintahan beliau. 14 tahun selepas Koridor Tenaga Boleh Diperbaharui Sarawak diperkenalkan, Sarawak telah menjadi penjana tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia melalui kerjasama bersama-sama negara lain seperti Singapura.[5]

Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem (2014 - 2017)

Haji Adenan bin Haji Satem (2014 - 2017)[sunting | sunting sumber]

Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Patinggi (Dr.) Haji Adenan bin Haji Satem telah juga membawa Sarawak ke arah yang cemerlang. Pada tahun 2015, sebanyak 25,876 surat hak milik tanah bagi tujuan kediaman telah diberikan kepada penduduk di seluruh Kuching.[6] Pemberian surat hak milik tanah ini merupakan sebuah pendekatan pembangunan yang dikenali sebagai "Basic Needs Approach" yang bertujuan untuk memenuhi keperluan asas masyarakat di akar-umbi.


Walaupun beliau memimpin Sarawak dalam tempoh yang singkat, terdapat pelbagai inisiatif yang dilaksanakan di peringkat pentadbiran negeri seperti penurunan kadar tarif elektrik, memerangi kegiatan pembalakan haram dan juga isu tol[6]. Di samping itu, beliau juga yang telah menuntut kadar royalti minyak bagi Sarawak dinaikkan daripada 5 peratus kepada 20 peratus terhadap Kerajaan Persekutuan.[7]

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (2017 - Kini)[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (2017 - Kini)

Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg merupakan Premier Sarawak yang berkhidmat daripada tahun 2017 sehingga kini. Beliau telah berkhidmat dan terlibat dalam politik selama 40 tahun. Beliau juga telah berada di bawah kepimpinan dua Ketua Menteri (kini dikenali sebagai Premier).


Beliau juga telah menuruskan legasi kepimpinan berteraskan falsafah 'Politik Pembangunan' yang telah diterapkan oleh dua Ketua Menteri yang telah memimpin Sarawak sebelum ini. Menurut beliau, aspirasi ini mempertahankan 'Hak dan Kepentingan' negeri Sarawak.[8] Sarawak juga meneruskan inisiatif-inisiatif utama yang dilaksanakan oleh belia seperti Agenda Ekonomi Digital, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030), penubuhan Agensi Pembangunan Wilayah dan penekanan terhadap Ekonomi Hijau. [9]

Pembangunan dalam kepimpinan Abang Johari juga dapat dilihat daripada pembangunan insan. Penubuhan sekolah antarabangsa yang menggunakan silibus Cambridge, yang salah satunya telah beroperasi di Kuching. Tambahan lagi, empat universiti yang dimiliki melalui Yayasan Sarawak adalah Swinburne University of Technology, Curtin University, University of Technology Sarawak (UTS) and iCATS University College. RM5.6 bilion juga telah diperuntukan kepada negeri Sarawak dalam Belanjawan 2023 untuk mempertingkatkan taraf kemudahan seperti jalan raya, klinik dan sekolah.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ King, V. T. (1993). Politik pembangunan: The Political Economy of Rainforest Exploitation and Development in Sarawak, East Malaysia. Global Ecology and Biogeography Letters, 3(4/6), 235. https://doi.org/10.2307/2997772
  2. ^ Mersat, N. I., & Sanggin, S. E. (2011). Demokrasi di Pinggiran (1st ed., pp. 19–20). UNIMAS Publishing.
  3. ^ a b c Unit Kerjasama Awam Swasta. (2022, October 22). The Official Portal of the Sarawak Government. Sarawak.gov.my. https://sarawak.gov.my/web/home/news_view/119/16695
  4. ^ UNIMAS Global. (n.d.). Our Story. UNIMAS Global. https://www.global.unimas.my/our-story#:~:text=Universiti%20Malaysia%20Sarawak%20(UNIMAS)%2C
  5. ^ Unit Komunikasi Awam Sarawak. (2023). Sarawak Penjana Tenaga Boleh Diperbaharui Terbesar Di Malaysia – UKAS. UKAS Portal. https://ukas.sarawak.gov.my/2023/05/16/sarawak-penjana-tenaga-boleh-diperbaharui-terbesar-di-malaysia/
  6. ^ a b Berita Harian. (2015). Usaha perjuangkan kepentingan rakyat tidak pernah terhenti - Adenan Satem. BHarian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/08/72801/usaha-perjuangkan-kepentingan-rakyat-tidak-pernah-terhenti-adenan
  7. ^ Berita Harian. (2015a). KM Sarawak akan terus perjuangkan 20 peratus royalti minyak. BHarian. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/06/61202/km-sarawak-akan-terus-perjuangkan-20-peratus-royalti-minyak
  8. ^ Utusan Borneo. (2021, January 13). Abang Johari melonjakkan pembangunan Sarawak - Abdullah. Www.utusanborneo.com.my. https://www.utusanborneo.com.my/2021/01/13/abang-johari-melonjakkan-pembangunan-sarawak-abdullah
  9. ^ Muhammad, L. (2023, January 12). Abang Johari laksana dasar ekonomi dan polisi pacu Sarawak ke hadapan. TVS. https://tvstv.my/2023/01/12/abang-johari-laksana-dasar-ekonomi-dan-polisi-pacu-sarawak-ke-hadapan/
  10. ^ Astro Awani. (2023). Pembangunan modal insan keutamaan Sarawak - Abang Jo. Astroawani.com. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pembangunan-modal-insan-keutamaan-sarawak-abang-jo-416475