Di Bawah Lindungan Ka'bah (filem 1981)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Di Bawah Lindungan Ka'bah (filem 1981)
Pengarah Asrul Sani
Pengarang Hamka
Asrul Sani
Lakonan Cok Simbara
Usman Effendi
Soultan Saladin
Mansyursyah
Rendra Karno
Mutiara Sani
Camelia Malik
Marlia Hardi
Ade Irawan
Rita Zahara
Asrul Sani
Muzik Idris Sardi
Sinematografi Lukman Hakim Nain
Penyuntingan Cassin Abbas
Tempoh ditayang 120 menit
Negara Indonesia
Rujukan IMDb

Dibawah Lindungan Ka'bah (1980-an) adalah sebuah filem Indonesia, yang berasas pada karya Hamka, berceritakan mengenai pemberontakan orang Sumatra Barat (Minangkabau) terhadap jajahan Belanda pada zaman 1940-an.

Ini disebabkan ketidakadilan Belanda terhadap rakyat Indonesia kerana tidak membenarkan mereka untuk bersuara dan menegakkan kebenaran mengenai penjajah Belanda (bukan membuang) dan kedudukan rakyat tempatan, seperti diceritakan di masjid oleh ahli ulama. Pada mulanya di filem ini, seorang ahli ulama hanya berceramah tentang menegak kebenaran untuk orang tempatan bersatu dan menolong sesama sendiri untuk menjadi kaum yang maju dan pada waktu yang sama beriman kepada Allah. Mereka tidak berpolitik. Ini pun, pihak Belanda salah anggap katanya dan menangkap seorang ahli ulama tersebut, membawanya ke mahkamah dan kemudian memasukinya ke dalam penjara. Ini membuat orang tempatan Sumatra Barat benci terhadap pihak Belanda yang tidak berhati perut. Filem ini juga menceritakan tentang sepasang suami isteri Minangkabau Muslim di Padang. Dalam Islam, seorang suami yang bersoleh berhak untuk menjaga isterinya. Akan tetapi, si suami dalam filem ini fikir bahawa seorang suami Muslim yang bagus harus sentiasa mengawal dan mendera isterinya kalau wanita itu tidak bersetuju dengan pandangannya. Walaubagaimanapun, isterinya sebenarnya tidak membuat dosa menurut agama Islam. Dia hanya mahu menjadi seorang wanita yang mempunyai hidup sendiri. Dia ingin meminta cerai kerana ditindas sebagai penyelesaian masalah ini. Malangnya, penghulu di kampungnya (iaitu sebagai seorang ulama) tidak mengambil berat mengenai penceraiannya dan biar wanita tersebut hidup sengsara, tetapi setuju dengan pandangan suaminya sahaja. Wanita ini merasa bahawa Islam menindas kaum wanita, dan tidak ada mempunyai pilihan lain - selain daripada keluar dari agama Islam yang memarahi orang kampung! Walaubagaimanapun, dia akhirnya tidak jadi melakukan demikian selepas permintaan cerainya diterima oleh mahkamah Syariah di Padang. Wanita yang telah cerai ini bersemangat kuat, berkarisma dan bersambung untuk menegakkan ajaran agama Islamnya dan bangsa Indonesianya - walaupun ditindas oleh pihak penjajah Belanda. Sementara itu, banyak di antara masyarakat Minangkabau berterusan untuk berjuang.

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.