Indonesia

Laman separuh dilindungi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Republik Indonesia
رفوبليك اندونيسيا
Bendera Negara Kesatuan Republik Indonesia
Jata Negara Kesatuan Republik Indonesia
Bendera Jata
Cogan kataBhinneka Tunggal Ika  (Jawa Kuno)
(“Bersatu padu dalam kepelbagaian”)

Ideologi: Pancasila
Lagu kebangsaan
Indonesia Raya
Lokasi  Indonesia  (hijau gelap)

– di Asia  (kelabu gelap & putih)
– di ASEAN  (kelabu gelap)

Ibu negaraJakarta
(Ibu negara lama) Nusantara
(Ibu negara baru)
0°51′00″S 116°42′00″E / 0.8500°S 116.7000°E / -0.8500; 116.7000
Bandar terbesarJakarta
Bahasa rasmi
dan Bahasa kebangsaan
Bahasa Indonesia
Bahasa lainnyaLebih daripada 700 bahasa
Kumpulan etnik
(2010)
Lebih daripada 1,300 suku bangsa
Agama 87% Islam
10.5% Kristian
1.7% Hindu
0.7% Buddha
0.1% Aliran Kepercayaan, Konfusianisme dan Lain-lain
DemonimOrang Indonesia
Indon
KerajaanRepublik kesatuan
• Presiden
Joko Widodo (PDIP)
Ma'ruf Amin
Badan perundanganMajlis Musyawarah Rakyat (MMR)
Dewan Perwakilan Daerah (DPD)
Dewan Perwakilan Rakyat (DPR)
Pendirian
17 Ogos 1945
27 Disember 1949
• (RIS) dibubarkan
17 Ogos 1950
• Orde Baru
11 Mac 1966
• Reformasi
12 Mei 1998
Keluasan
• Jumlah
1,904,569[2] km2 (735,358 bt2) (ke-14)
• Perairan (%)
4.85
Populasi
• Perkiraan S2 2023
279,118,866 [3]
• Bancian Penduduk 2020
270,203,917 (ke-4)
141/km2 (365.2/sq mi) (ke-88)
KDNK (PPP)2023
• Jumlah
US$4.393 trilion[4] (ke-7)
US$15,835[4] (ke-98)
KDNK (nominal)2023
•  Jumlah
US$1.417 trilion[4] (ke-16)
US$5,108[4] (ke-112)
Gini (2021)positive decrease 37.9[5]
sederhana
HDI (2021) 0.705[6]
tinggi · ke-107
Mata wangRupiah Indonesia (Rp)
(IDR)
Zon waktuUTC+7, +8, dan +9 (pelbagai)
Format tarikhhh/bb/tttt
Bahagian memanduKiri
Kod panggilan+62
Kod ISO 3166ID
DPT internet.id
Laman web rasmi
indonesia.go.id

Republik Indonesia (Jawi: رفوبليك اندونيسيا) juga disebut Negara Kesatuan Republik Indonesia ataupun Indonesia sahaja ialah sebuah negara kepulauan terbesar di dunia,[7] yang terletak di antara tanah besar Asia Tenggara dan Australia dan antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Indonesia bersempadankan Malaysia di Pulau Borneo, Papua New Guinea di Pulau Papua, dan Timor Leste di Pulau Timor. Negara jiran lain termasuklah Singapura, Filipina, Australia, wilayah India Kepulauan Andaman dan Nicobar, dan Palau. Ibu negara dan pusat pentadbiran Indonesia ialah Jakarta.

Dengan 17,504 pulau, Indonesia merupakan negara kepulauan terbesar di dunia. Dengan anggaran jumlah penduduk seramai 279 juta orang pada 2023, ia merupakan negara keempat paling banyak penduduk dan negara berpenduduk Muslim yang terbesar di dunia. Ia merupakan negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, kuasa serantau dan dianggap kuasa pertengahan dalam hal ehwal global. Ekonomi Indonesia adalah ke-16 terbesar di dunia mengikut KDNK nominal dan ke-7 terbesar oleh PPP. Indonesia merupakan sebuah republik, dengan parlimen dan presiden yang dipilih secara langsung.

Etimologi

Nama Indonesia berasal dari perkataan bahasa Yunani Purba iaitu Indos (Ἰνδός) dan nesos (νῆσος), yang bermaksud "Kepulauan India".[8] Nama itu berasal dari abad ke-19, jauh sebelum kemerdekaan Indonesia.[9] Pada tahun 1850, George Windsor Earl, iaitu seorang ahli etnologi Inggris, telah mengusulkan istilah Indunesiatetapi dia lebih suka dengan Malayunesians yang merujuk kepada penduduk "Kepulauan India atau Kepulauan Melayu".[10] Dalam terbitan yang sama, salah satu muridnya, James Richardson Logan, menggunakan Indonesia sebagai sinonim untuk Kepulauan India.[11][12] Namun, pensyarah Belanda yang menulis untuk penerbitan Hindia Timur enggan menggunakan Indonesia; mereka lebih menyukai menggunakan nama Kepulauan Melayu (dikenali sebagai Maleische Archipel dalam bahasa Belanda).[7] Setelah tahun 1900, nama Indonesia telah menjadi lebih umum di kalangan pensyarah di luar kawasan Belanda, dan beberapa kalangan pensyarah dalam negara untuk ekspresi politik.[7]

Sejarah

Soekarno, ialah Presiden pertama Indonesia

Di bawah pengaruh agama Hindu dan Buddha, beberapa kerajaan terbentuk di pulau Sumatera dan Jawa pernah mencapai kejayaannya dengan wilayah meliputi negara Malaysia dan pulau Mindanao semasa Majapahit sejak abad ke-7 hingga abad ke-14. Kedatangan pedagang-pedagang Arab dari Gujarat, India kemudian membawa agama Islam yang akhirnya menjadi agama terbesar.

Ketika orang-orang Eropah datang pada awal abad ke-16, mereka telah menemui beberapa negara kecil. Negara-negara kecil ini dengan mudah dikuasai oleh mereka yang ingin menguasai perdagangan rempah. Pada abad ke-17, Belanda muncul sebagai kuasa yang terkuat di antara negara-negara Eropah, mengalahkan British dan Portugis (kecuali untuk tanah jajahan mereka di Timor Timur). Belanda menguasai Indonesia sebagai tanah jajahan hingga Perang Dunia II, awalnya melalui Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC), dan kemudiannya dijajah secara langsung oleh pihak Belanda sejak awal abad ke-19.

Semasa Perang Dunia II, Belanda dijajah oleh Jerman, manakala Jepun menguasai Indonesia. Setelah menawan Indonesia pada tahun 1942, pihak Jepun mendapati bahawa para pejuang Indonesia merupakan rakan perdagangan yang sudi bekerjasama dan bersedia mengerahkan pahlawan bila diperlukan. Soekarno, Mohammad Hatta, KH Mas Mansur, dan Ki Hajar Dewantara kemudiannya diberikan penghargaan oleh Maharaja Jepun pada tahun 1943.

Pada Mac 1945, pihak Jepun membentuk sebuah jawatan kuasa untuk kemerdekaan Indonesia; di bawah tekanan pertubuhan-pertubuhan pemuda, kelompok pimpinan Soekarno mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia selepas perang Pasifik berakhir pada tahun 1945 Soekarno menjadi Presiden pertama Indonesia dengan Mohammad Hatta sebagai naib presiden. Dalam usaha untuk menguasai kembali Indonesia, Belanda menurunkan angkatan tentera mereka. Usaha-usaha berdarah untuk membendung pergerakan kemerdekaan ini kemudian dikenali sebagai 'tindakan polis' (Actie Politioneel). Di bawah tekanan perlawanan rakyat dan tentera Indonesia, Belanda akhirnya menarik tenteranya pada 27 Disember 1949.

Pada tahun 1950-an dan 1960-an, Presiden Soekarno mengikuti gerakan berkecuali pada awalnya dan kemudian dengan blok sosialis, misalnya Republik Rakyat China dan Yugoslavia. Tahun 1960-an menyaksikan konfrontasi tentera terhadap Malaysia, negara jirannya yang dianggap sebagai negara bentukan Britain.

Jeneral Soeharto menjadi presiden pada tahun 1967 dengan alasan untuk mengamankan negara daripada ancaman komunisme terhadap Soekarno yang kini semakin lemah. Setelah Soeharto berkuasa, beratus-ratus ribu warganegara Indonesia yang disyaki memihak kepada komunis telah dibunuh. Tempoh pemerintahan Soeharto selama 32 tahun dinamakan Order Baru, dibandingkan dengan masa pemerintahan Soekarno yang disebut Order Lama.

Soeharto berjaya mendapatkan pelaburan luar negeri yang besar untuk Indonesia, dan menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, meskipun tidak merata, di Indonesia. Pada awal regim Order Baru, strategi ekonomi negara telah dibuat oleh sekelompok ahli ekonomi lulusan Fakulti Ekonomi Universiti California, Berkeley yang digelarkan "Kelompok Berkeley". Namun, Soeharto menambah kekayaan diri serta keluarganya melalui amalan rasuah yang meluas dan beliau akhirnya dipaksa melepaskan jawatannya setelah tercetusnya tunjuk perasaan secara besar-besaran dan keadaan ekonomi negara yang semakin memburuk pada tahun 1998.

Dari 1998 hingga 2010, Indonesia mempunyai 4 presiden: Baharuddin Jusuf Habibie, Abdurrahman Wahid, Megawati Soekarnoputri dan Susilo Bambang Yudhoyono. Pada tahun 2014, Joko Widodo menjadi presiden Indonesia yang terkini.

Geografi

Indonesia ialah sebuah negara yang mengandungi banyak pulau gunung berapi. Pulau Sangeang Api merupakan satu contoh.
Peta Indonesia

Negara Indonesia terletak di antara:

Indonesia mempunyai 18,018 buah pulau yang tersebar di sekitar garisan khatulistiwa dan beriklim tropika. Hanya sekitar 7,000 buah pulau berpenghuni. Lima pulau yang terbesar ialah Pulau Jawa, Sumatra, Kalimantan, Sulawesi, dan Papua, dengan Pulau Jawa mempunyai setengah daripada jumlah penduduk Indonesia yang merupakan pulau yang terpadat.

Indonesia juga terletak di atas plat tektonik. Ini bermakna bahawa Indonesia sering mengalami gempa bumi dan tsunami. Kedudukan ini juga menyebabkan Indonesia memiliki sekurang-kurang 66 buah gunung berapi, termasuk Gunung Krakatau, sebuah gunung berapi yang paling terkenal di antara Sumatera dan Jawa, tetapi kini sudah hapus.

Flora dan fauna di Indonesia amat berbeza di antara Kalimantan, Bali dan pulau-pulau barat di satu bahagian serta Sulawesi, Lombok, dan pulau-pulau yang lebih timur di bahagian yang lain. Sempadan ekologi ini digelarkan Garis Wallace, sempena nama penemunya. Garis ini sering digunakan sebagai sempadan antara Asia dan Australasia dan oleh itu Indonesia merupakan sebuah negara dwibenua.

Pembahagian Pentadbiran

Provinsi

Indonesia ialah negara yang terluas di Asia Tenggara. Untuk memudahkan pentadbiran, negara ini dibahagikan kepada 38 provinsi (satu Daerah Istimewa (DI), iaitu Daerah Istimewa Yogyakarta, lima daerah dengan autonomi khusus iaitu Papua, Papua Barat, Papua Pegunungan, Papua Selatan dan Papua Tengah dan satu daerah autonomi khusus dan istimewa iaitu Aceh serta satu Daerah Khusus Ibu kota (DKI), iaitu Daerah Khusus Ibukota Jakarta Raya. Sebelum era Reformasi, Indonesia hanya memiliki 27 provinsi, dengan Timor Timur merupakan provinsi ke-27 pada Julai 1976. Bagaimanapun, Timor Leste telah pun memisahkan diri melalui pungutan suara menjadi negara Timor Leste pada 20 Mei 2002.

Indonesia sedang menjalankan autonomi untuk setiap negerinya dengan tujuan memberikan peluang pembangunan yang sama rata di seluruh negara. Selain autonomi, pemerintah Indonesia kini sedang menjalankan prinsip pengagihan kuasa pusat untuk negeri-negerinya.

Yang berikut adalah senarai negeri di Indonesia :

Pulau Sumatera

Pulau Jawa

Pulau Bali dan Kepulauan Nusa Tenggara

Pulau Kalimantan

Pulau Sulawesi

Kepulauan Maluku

Papua

Bandar terbesar

Jakarta, ialah ibu negeri dan bandar terbesar di Indonesia.

Sepuluh bandar terbesar di Indonesia mengikut susunan, adalah seperti berikut :

Demografi

Jumlah penduduk Indonesia mengikut bancian tahun 2018 ialah 265.764.970 juta orang,[13] dan Biro Statistik Pusat Indonesia dan Statistik Indonesia mengganggarkan populasi sebanyak 265.764.970 juta pada 2018. Pembahagian penduduk Indonesia ada dalam dua kelompok. Belahan barat Indonesia sebahagian besar beretnik Melayu dan bahagian timur Indonesia beretnik Papua. Selain itu ada juga penduduk pendatang yang jumlahnya kecil iaitu etnik Cina, India, dan Arab. Sebahagian besar penduduk Indonesia menganut agama Islam (86.70% mengikut banci 2018)[14] dan sisanya penganut agama Kristian (10.72%), Hindu (1.74%), Buddha (0.74%), dan sebagainya.[1]

Taburan penduduk Indonesia tidak serata. Pulau Jawa yang merupakan pusat pemerintahan ialah pulau yang terpadat, dengan setengah daripada jumlah penduduknya. Kenaikan kadar pertumbuhan penduduk Indonesia cukup tinggi. Penduduk Indonesia yang mendiami pulau-pulau di sebelah utara sangat sedikit, berbanding dengan negara-negara berjiran yang besar seperti Jepun, China dan India. Dengan demikian, daerah-daerah Indonesia yang agak kosong beserta kekayaan alamnya berpotensi menjadi sasaran untuk dasar-dasar lebensraum (dasar peluasan kuasa) oleh kuasa-kuasa di sebelah utara tersebut.

Agama

Agama di Indonesia
Agama Peratus
Islam
  
86.70%
Kristian
  
10.72%
Hinduism
  
1.74%
Buddha
  
0.77%
Lain
  
0.07%
(Bancian tahun 2018)[1]

Agama di Indonesia (2018)[15]

  Islam (86.7%)
  Kristian (10.7%)
  Hinduisme (1.74%)
  Buddha (0.77%)
  Rakyat/Lain-lain (0.05%)
  Konfusianisme (0.03%)
Kumpulan agama yang dominan di setiap provinsi di Indonesia
Kumpulan agama yang dominan di setiap kabupaten di Indonesia

Beberapa agama berbeza diamalkan di Indonesia. Indonesia secara rasmi adalah republik presiden dan negara kesatuan tanpa agama negara yang mantap.[16][17] Indonesia mempunyai penduduk Muslim[18][19] terbesar di dunia dan prinsip pertama asas falsafah Indonesia, Pancasila, memerlukan rakyatnya menyatakan kepercayaan kepada "Tuhan Yang Maha Esa".[20][21] Walaupun, seperti yang dijelaskan oleh Mahkamah Perlembagaan, sila pertama Pancasila ini adalah pengiktirafan yang jelas tentang zat ketuhanan dan dimaksudkan sebagai prinsip tentang cara hidup bersama dalam masyarakat yang beragam agama, ini bukanlah pengesahan doktrin teologi tertentu tentang bagaimana agama atau kepercayaan harus diamalkan.[22] Walau bagaimanapun, pemerintah Indonesia mempunyai sikap diskriminasi terhadap pelbagai agama suku, ateis, dan warganegara agnostik. Di samping itu, wilayah Aceh secara rasmi menguatkuasakan undang-undang Syariah dan terkenal dengan amalan penindasannya terhadap minoriti agama dan seksual.[23] Terdapat juga gerakan pro-Syariah dan fundamentalis di beberapa bahagian negara dengan majoriti umat Islam yang besar.[24]

Politik

Gedung Majlis Permusyawaratan Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) di Jakarta ialah gedung parlimen di Indonesia

Garuda Pancasila adalah falsafah dasar negara Indonesia yang berasal daripada dua kata Sanskrit, "panca" yang bererti 'lima', dan "sila" yang bererti 'dasar'. Pancasila terdiri atas kelima-lima dasar yang amat berkait dan yang tidak dapat dipisahkan:

  • Ketuhanan yang Maha Esa
  • Kemanusiaan yang adil dan beradab
  • Persatuan Indonesia
  • Kerakyatan yang dipimpin oleh hikmat kebijaksanaan dalam permusyawaratan/perwakilan
  • Keadilan sosial bagi seluruh rakyat Indonesia

Indonesia mengamalkan sistem demokrasi yang diketuai oleh seorang presiden, dan Pancasila ini merupakan jiwa demokrasi. Demokrasi yang didasarkan atas lima dasar tersebut dinamakan Demokrasi Pancasila.

Presiden Indonesia saat ini adalah Joko Widodo, yang disokong oleh Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP). Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) adalah lembaga dwidewan yang terdiri daripada 560 anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) iaitu wakil rakyat yang dipilih melalui parti politik, ditambah 132 anggota Dewan Perwakilan Daerah (DPD) iaitu wakil provinsi yang dipilih melalui pemilihan wilayah.[25] Anggota DPR dan DPD dipilih melalui pilihan raya dan dilantik untuk masa jabatan selama lima tahun. Saat ini MPR diketuai oleh Bambang Soesatyo, DPR oleh Puan Maharani, sedangkan DPD oleh La Nyalla Mattalitti.

Ekonomi

Industri Pertamina

Ekonomi Indonesia mengalami kemerosotan pada akhir dekad 1990-an, akibat Krisis Kewangan Asia yang melanda sebahagian besar Asia pada saat itu. Ekonominya kini telah pulih. Indonesia mempunyai sumber semula jadi yang besar di luar Jawa, termasuk minyak mentah, gas asli, timah, tembaga, dan emas. Negara ini ialah pengeksport gas asli yang kedua terbesar di dunia tetapi akhir-akhir ini, Indonesia telah bermula menjadi pengimport bersih minyak mentah. Hasil pertanian yang utama termasuk beras, teh, kopi, rempah, dan lobak. Rakan-rakan perdagangan Indonesia yang terbesar ialah Jepun, dan Amerika Syarikat, serta negara-negara berjiran, iaitu Malaysia, Singapura, dan Australia. Indonesia merupakan negara yang amat kaya akaan sumber daya alam dan manusia, namun begitu masih terdapat sedikit masalah kemiskinan yang disebabkan kurang tepatnya pengelolaan oleh kerajaan.

Bank pusat Indonesia ialah Bank Indonesia.

Sumber alam

Sawah daripada Pulau Bali
Pokok kelapa sawit

Getah yang pernah dikenali sebagai "emas hitam" di Indonesia merupakan hasil utama pertukaran asing pada masa dahulu, dan kini merupakan pengeluar kedua terbesar selepas Malaysia. Kelapa sawit: Kawasan perladangan kelapa sawit di Indonesia telah diperluas dengan pesat. Produk utama yang dieksport ialah minyak serta isirong sawit. Tembakau: Kawasan perkebunan tembakau seluas 198,000 hektar pada tahun 1979, dengan 92% daripadanya ditanam oleh pekebun kecil ketika itu. Logam: Emas dan perak dihasilkan oleh PT Aneka Tambang di daerah Banten Selatan, dan tembaga di Papua. Asfalt: Perlombongan asfalt dilaksanakan di Sulawesi Tenggara. Terdapat 19 buah lombong, termasuk besar dan kecil, yang ditaksirkan berjumlah 28.5 juta tan.

Seni budaya

Gadis Palembang berkain songket.

Indonesia terdiri daripada beratus-ratus suku kaum, dengan agama dan kepercayaan yang berbeza. Antara suku kaumnya termasuk Aceh (Melayu Tamiang dan Gayo), Batak (Karo, Toba, Mandailing, Pak-Pak, dan Simalungun), Minangkabau, Melayu (termasuk Melayu Deli, Melayu Palembang, Melayu Jambi, Melayu Pontianak, Melayu Bengkulu, Melayu Bangka Belitung, dan lain-lain), Rejang, Lampung, Badui, Jawa, Sunda, Banjar, Bugis, Toraja, Bali, Ambon, Madura, Minahasa, Dayak, Betawi, Papua dan lain-lain. Islam merupakan ugama majoriti di Indonesia terutama diwilayah Indonesia Barat (kecuali Batak), dan Indonesia Tengah (kecuali Pulau Bali yang umumnya beragama Hindu dan Sulawesi Utara yang umumnya beragama Kristian). Indonesia Timur (Flores, Ambon, dan Papua) secara majoriti beragama Kristian dan Katolik. Pulau Bali ialah satu-satunya provinsi yang secara majoriti beragama Hindu. Agama-agama yang lain seperti Buddha dan Konfusianisme umumnya dipeluk oleh kaum keturunan Cina. Secara undang-undang, agama di Indonesia diakui berjumlah lima (5) oleh pemerintah, iaitu:

Agama tradisional yang telah ada sejak masa nenek moyang di Nusantara seperti agama Parmalim daripada suku Batak, Kejawen daripada suku Jawa, dan lain-lain yang masih mempunyai unsur animisme, juga ada di Indonesia dan dianut secara minoriti oleh kaum-kaum pedalaman.

Seni budaya di Indonesia sangatlah beragam dan berbeza-beza, budaya Melayu merupakan salah satu budaya yang banyak dijalankan dikawasan-kawasan Melayu seperti diwilayah pesisir timur Sumatra dan pesisir Kalimantan. Tiap-tiap provinsi di Indonesia mempunyai bahasa dan budaya sendiri walaupun yang berdekatan saling mempunyai persamaan.

Dari segi pakaian, warisan budaya yang paling terkenal di seluruh dunia ialah batik. Tiap-tiap suku dan wilayah (provinsi) di Indonesia mempunyai pakaian adat masing-masing, dan memiliki hal-hal unik yang mewakili daerah yang dimaksud. Daerah-daerah yang terkenal untuk industri batik termasuk Yogyakarta, Solo, dan Pekalongan. Pakaian-pakaian asli Indonesia dapat dikenali daripada ciri-cirinya yang berbeza-beza:

Sarung dan Songkok umum dipakai oleh kaum lelaki di Indonesia terutama bagi mereka yang berugama Islam. Songkok merupakan pakaian kepala rasmi pemerintah di Indonesia yang digunakan oleh kaum lelaki. Kebaya merupakan pakaian adat yang umum dipakai oleh kaum wanita di Indonesia yang digunakan pada saat acara-acara tradisional, sementara kaum lelaki mengenakan baju Batik sebagai baju identiti Nusantara.

Seni pantun, gurindam, dan sebagainya kerap kali dipersembahkan dalam acara-acara seperti majlis kenduri perkahwinan, dan panggung seni. Silat adalah seni bela diri yang kekadang ditampilkan dalam acara-acara pertunjukkan dan biasanya diiringi oleh muzik tradisional gamelan dan lain-lain, sesuai dengan daerah asalnya.

Candi Borobudur di Magelang, Jawa Tengah
Para pemain muzik Melayu di Indonesia

Kesenian Indonesia banyak dipengaruhi oleh beberapa budaya. Terdapat beberapa candi Hindu dan Buddha dari abad-abad yang telah lampau di Jawa. Tarian Jawa dan Bali yang terkenal, misalnya, mengandungi aspek-aspek kebudayaan dan mitos Hindu. Seni tarian yang tidak mengandungi nilai-nilai Islam umpamanya seperti Reog Ponorogo (Jawa Timur) dan Tari Kecak (Bali). Sedangkan seni tarian yang mengandungi nilai-nilai Islam, antaranya Tarian Saman dan Tarian Seudati di Nanggroe Aceh Darussalam. Selain itu, yang juga terkenal di dunia ialah wayang kulit, yang menampilkan kisah-kisah mitologi.

Terdapat banyak jenis muzik Indonesia, baik tradisional mahupun moden. Muzik tradisional Indonesia termasuklah keroncong Jawa dikenal oleh semua rakyat Indonesia dan sampai ke luar negara. Banyak alat-alat muzik tradisional Indonesia yang terkenal di dunia, misalnya Angklung yang berasal dari Jawa Barat. Ada juga muzik popular di Indonesia yang dikenali sebagai dangdut.

Dangdut merupakan gabungan muzik Melayu, India, dan muzik tradisional lain Indonesia. Muzik ini dipanggil "dangdut" kerana muziknya bergema dengan bunyi 'dang' dan 'dut' serta kerana muzik dangdut lebih dikuasai oleh bunyi gendang dan seruling. Lagu-lagu dangdut biasanya didendangkan oleh pedangdut dengan goyangannya yang seronok dan lemah gemalai sesuai dengan kecepatan lagu. Ada pelbagai macam corak muzik dangdut, antaranya: Dangdut Melayu, Dangdut Moden (dangdut masa kini yang alat muzik telah ditambah dengan alat muzik moden), Dangdut Pesisir (lagu dangdut bercampur muzik tradisional Jawa, Sunda), dan lain-lain. Pada tahun 70-an, dangdut lebih dikenali sebagai genre muzik orkestra Melayu, dan semakin menjadi popular mulai daripada dekad 80-an. Muzik dangdut juga digemari oleh orang-orang Jepun dengan pedangdut-pedangdut seperti Camelia Malik dan Elvy Sukaesih dijemput menyanyi dangdut di Jepun.

Ketenteraan dan Polis

Tentera

Polis

Islam

Galeri

Rujukan

Nota kaki

  1. ^ a b c "Statistik Umat Menurut Agama di Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Agama Republik Indonesia. 15 Mei 2018. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  2. ^ "UN Statistics" (PDF). United Nations. 2005. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 31 Oktober 2007. Dicapai pada 31 Oktober 2007.
  3. ^ "Indonesian Population June 2023". Ministry of Home Affairs (Indonesia). Dicapai pada 28 October 2023.
  4. ^ a b c d "Report for Selected Countries and Subjects". International Monetary Fund. Dicapai pada 19 April 2022.
  5. ^ "GINI Ratio Indonesia Declines: Economic Inequality Narrows". Indonesia Investments. 20 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Jun 2017. Dicapai pada 27 Jun 2017.
  6. ^ Human Development Report 2020 The Next Frontier: Human Development and the Anthropocene (PDF). United Nations Development Programme. 15 Disember 2020. m/s. 343–346. ISBN 978-92-1-126442-5. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 Disember 2020. Dicapai pada 16 Disember 2020.
  7. ^ a b c Justus M. van der Kroef (1951). "The Term Indonesia: Its Origin and Usage". Journal of the American Oriental Society. 71 (3): 166–171. doi:10.2307/595186.
  8. ^ Tomascik, Tomas; Mah, Anmarie Janice; Nontji, Anugerah; Moosa, Mohammad Kasim (1996). The Ecology of the Indonesian Seas – Part One. Hong Kong: Periplus Editions. ISBN 978-962-593-078-7.
  9. ^ Anshory, Irfan (16 Ogos 2004). "The origin of Indonesia's name" (dalam bahasa Indonesia). Pikiran Rakyat. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2006. Dicapai pada 15 Disember 2006.
  10. ^ Earl 1850, m/s. 119.
  11. ^ Logan, James Richardson (1850). "The Ethnology of the Indian Archipelago: Embracing Enquiries into the Continental Relations of the Indo-Pacific Islanders". Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia. 4: 252–347.
  12. ^ Earl 1850, m/s. 254, 277–278.
  13. ^ "2000 Population Statistics" (Siaran akhbar). Indonesian Central Statistics Bureau. 30 Jun 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2009. Dicapai pada 5 Oktober 2006.
  14. ^ "Indonesia - The World Factbook". CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2008. Dicapai pada 26 November 2008.
  15. ^ "Statistik Umat Menurut Agama di Indonesia" (dalam bahasa Indonesia). Kementerian Agama Republik Indonesia. 15 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 September 2020. Dicapai pada 15 November 2020. Muslim 231 Million (86.7), Christian 20.45 Million (7.6), Catholic 8.43 million (3.12), Hindu 4.65 million (1.74), Buddhist 2.03 million (0.77), Confucianism 76.630 (0.03), Others/Traditional faiths 126.51 (0.04), Total 266.5 Million
  16. ^ Da Costa, Agustinus Beo (12 Oktober 2019). "Indonesia urges public to report civil servants over 'radical' content". Reuters (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2022.
  17. ^ Hosen 2005, m/s. 419–40; Intan 2006, m/s. 40; Seo 2013, m/s. 44; Ropi 2017, m/s. 61 etc.
  18. ^ Frederick, William H.; Worden, Robert L., eds. (1993). Indonesia: A Country Study, Chapter Islam.
  19. ^ Gross 2016, m/s. 1.
  20. ^ Prinada, Yudi (2 Disember 2020). "Beda Isi Piagam Jakarta dan Pancasila Sejarah Perubahannya". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 9 Jun 2022.
  21. ^ Lindsey & Pausacker 1995; Intan 2006, m/s. 18.
  22. ^ "Indonesia Negara Ketuhanan" (PDF). mkri.id. Dicapai pada 8 Mac 2023.
  23. ^ Pringle 2010, m/s. 154–55; Buehler 2016.
  24. ^ Federspiel 1970; Sidel 2006; Solahudin 2013; Buehler 2016; Baskara 2017.
  25. ^ Amandemen Ketiga Undang-Undang Dasar 1945 (PDF). 13 Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Disember 2006. Dicapai pada 9 Jun 2010.

Pautan luar

Lihat juga

Hubungan Luar Negara Indonesia

Afghanistan | Amerika Syarikat | Arab Saudi | Australia | Belanda | Brazil | Brunei | China | Emriah Arab Bersatu | India | Iran | Iraq | Itali | Jepun | Kanada | Kazakhstan | Kemboja | Korea Selatan | Korea Utara | Kuwait | Laos | Libya | Maghribi | Maldives | Malaysia | Mauritania | Mexico | Mesir | Mozambique | Myanmar | Niger | Nigeria | Oman | Pakistan | Palestin | Portugal | Rusia | Senegal | Sierra Leone | Singapura | Suriname | Switzerland | Taiwan | Thailand | Timor Leste | Togo | Tunisia | Turki | Turkmenista | Uganda | United Kingdom | Uzbekistan | Vietnam | Yaman