Fragmentasi habitat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Fragmentasi habitar ialah proses perubahan persekitaran yang penting dalam ilmu evolusi dan biologi pemuliharaan, mentakrifkan kewujudan ketidaksinambungan (fragmentasi) di dalam persekitaran utama sesuatu hidupan (habitat). Fragmentasi habitat boleh disebabkan oleh proses-proses geologi yang beransur-ansur mengubah susun atur persekitaran fizikal, atau kegiatan manusia seperti pindah guna tanah, yang boleh mengubah persekitaran dengan lebih cepat. Proses biologi dipercayai menjadi salah satu punca utama penspesiesan, sementara kegiatan manusia pula mengakibatkan kepupusan spesies.

Fragmentasi dan kemusnahan habitat beruk besar di Afrika Tengah, dari sumber projek-projek GLOBIO dan GRASP.
Pembasmian hutan dan perluasan rangkaian jalan raya di Hutan Hujan Amazon amat menimbulkan kebimbangan kerana pencerobohan manusia yang semakin mendalami kawasan liar, pengekstrakan sumber meningkat dan ancaman berlebihan terhadap biodiversiti.

Fragmentasi habitat sering berpunca dari manusia apabila tumbuh-tumbuhan asli ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan manusia seperti pertanian, pembangunan kampung atau pembandaran. Habitat-habitat yang pernah bersinambungan, kini berpecah menjadi beberapa bahagian. Setelah menjalankan pembersihan tanah secara berleluasa, bahagian-bahagian yang berasingan itu bagaikan pulau-pulau kecil dipencilkan dari satu sama lain oleh ladang tanaman, padang rumput, turapan, ataupun tanah terbiar yang berpunca daripada pertanian secara tebas dan bakar di hutan tropika. Di kawasan tanaman gandum di bahagian tengah barat negeri New South Wales, Australia, 90% tumbuh-tumbuhan asli telah dibersihkan, sementara lebih 99% daripada prairie rumput tinggi di Amerika Utara turut dibersihkan, maka mengakibatkan fragmentasi habitat yang melampau.

Istilah fragmentasi habitat merangkumi lima fenomena berasingan:

  • Pengurangan jumlah kawasan habitat
  • Pengurangan dalaman: nisbah tepi
  • Pemencilan satu bahagian habitat dari kawasan-kawasan habitat yang lain
  • Pemecahbelahan sebidang habitat kepada beberapa bidang yang lebih kecil
  • Pengurangan saiz purata setiap bidang habitat

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]