Frankie Muniz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Frankie Muniz
Muniz pada Mei 2015
Kelahiran
Francisco James Muniz IV

(1985-12-05) 5 Disember 1985 (umur 38)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • pelumba kereta
  • pemuzik
Tahun aktif1997–kini
PasanganPaige Price
(k. 2020)
Anak-anak1
Atlantic Championship
Tahun aktif 20072009
Pasukan Jensen MotorSport, Pacific Coast Motorsports, Team Stargate Worlds
Permulaan 32
Kemenangan 0
Petak Pertama 0
Pusingan terpantas 21
Keputusan terbaik 4th pada tahun 2009
Gelaran kejohanan
2005 Toyota Pro/Celebrity Race Celebrity Winner
Laman web rasmiwww.frankieandpaige.com

Francisco James Muniz IV (lahir 5 Disember 1985) ialah seorang pelakon, pelumba kereta dan pemuzik Amerika Syarikat. Beliau terkenal dengan melakonkan watak tajuk dalam sitkom Fox Malcolm in the Middle (2000–2006), yang melayakkan beliau menerima pencalonan Anugerah Emmy dan dua pencalonan Anugerah Golden Globe. Beliau juga terkenal dengan filem-filem lakonannya termasuk Deuces Wild (2002), Big Fat Liar (2002), Agent Cody Banks (2003), dan Racing Stripes (2005). Di puncak kemasyhurannya, beoiau dianggap sebagai salah seorang pelakon kanak-kanak paling popular dan "salah seorang remaja Hollywood kacak" pada 2003.[1] Pada tahun 2008, beliau berundur dari kerjaya lakonan bagi menumpukan perhatian kepada kerjaya perlumbaan kereta, dan bersaing di Atlantic Championship. Dari 2012 hingga 2014, beliau ialah pemain dram kumpulan rock indie, Kingsfoil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "CBS News". Frankie Muniz: Hollywood Star. June 9, 2003. Dicapai pada March 23, 2006.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]