Fuyyoo! (majalah)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
FUYYOO !
KategoriHumor,Satire,Comedy
KekerapanMonthly
Tahun ditubuhkan2013
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu

Majalah Humor ini diterbitkan pada tahun 2013 dan diterbitkan sehingga 7 edisi. Bermula dengan cetakan fizikal kemudiannya dikeluarkan dalam terbitan digital. Kartunis-kartunis berpengalaman tanah air juga turut menabur bakti dalam penerbitan isi kandungan majalah humor negara era 2010'an ini.[1]


REVIEW FUYYOO[sunting | sunting sumber]

isu 1 oleh Suri Montarang Majalah Fuyyoo isu 1 sebenarnya menampilkan persembahan ramai nama besar antaranya Zainal Buang Hussein, perintis kartun di Malaysia ketika permulaan kebangkitan Majalah Gila-Gila. Setelah lama tidak menatap karya beliau, ia boleh dibaca dalam isu 1. Belitong, Nipah, Ayop dan Alpha juga antara nama pengkarya yang karyanya menghiasi Majalah Fuyyoo isu 1.

Kartunis Belitong pernah berkarya di beberapa majalah tempatan sebelum ini, antaranya malajah LANUN dan APO?. Belitong juga pernah berkarya dalam majalah kartun online iaitu, WUUHOO online.

Kartunis Nipah pernah popular di Majalah Lanun sekaitar tahun 1998-1999. Beliau kemudiannya menghilangkan diri dan kini telah muncul semula dalam Fuyyoo isu 1.Pernah berkarya di majalah GELAGAT dan APO? suatu ketika dahulu, juga pernah menggunakan beberapa nama pena yang berbeza, kartunis Ayop mengasah kembali stroke-nya dalam Fuyyoo isu ini. Jika dahulu pernah dikenali sebagai Kartunis Asam Jawa di Majalah Lanun, kini beliau kembali dengan stroke yang lebih kemas. Pembaca yang pernah menatap karya beliau suatu ketika dahulu pasti akan mengenali strokenya. Beliau kini menggunakan nama pena Alpha.[2]

Konsep Majalah Fuyyoo isu 1 ini kelihatan sedikit 'lama'. Ia mungkin disengajakan bersesuaian dengan tagline-nya 'Majalah Kartun Lagenda' yang seakan menggamit memori kepada persembahan banyak majalah-majalah kartun yang pernah terbit sekitar tahun 80an.

Review 2[sunting | sunting sumber]

REVIEW FUYYOO isu 2 oleh Suri Montarang

Majalah Fuyyoo isu 2 menunjukkan sedikit peningkatan dalam persembahannya berbanding yang sebelumnya. Ia lumrah. Dalam bidang penerbitan pihak editorial memang memandang berat setiap aspek dari isu ke isu. Peningkatan mesti dilakukan demi kepuasan tatapan pembaca.

Dari sudut persembahan kartun pula, karya Kartunis Nayan sangat menyerlah dalam isu kali ini. Mungkin masih ramai yang tidak mengenali beliau, namun bagi penggiat kartun Nayan merupakan manusia 'multi talented'. Beliau aktivis kartun yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Idea yang tersimpan lama disalurkan sebaik mungkin dalam karya kartunnya.

Kartunis Belitong pula mula menunjukkan bisa apabila ada penambahan karya tersiar dalam isu kali ini. Karya Haji Zainal Buang Hussein tetap kekal berbisa! Beberapa artikel dan kupasan beberapa isu turut menarik perhatian. Antaranya, Kartunis Zainal Buang Hussein menceritakan tentang sejarah beliau berkartun dari dahulu hingga kini.

Menyingkap apakah dia Malaysian Cartoon Parade, Peranan dan orang disebalik tabir. Wacana Seni Kampung Boy; from comic to animation & musical theatre. Juga, menyingkap aktiviti terkini Kartunis Tembakau yang pernah terkenal dengan kisah kartini.[3]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bakat tersembunyi DJ Azlan KLfm". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-04. Dicapai pada 2018-05-03.
  2. ^ https://www.facebook.com/801018343275348/photos/a.805105166199999.1073741829.801018343275348/852038394840009/?type=3&theater
  3. ^ https://www.facebook.com/801018343275348/photos/a.805105166199999.1073741829.801018343275348/852467074797141/?type=3&theater

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Category:Articles created via the Article Wizard Category: Malaysia Category: Malaysian Publication Category: Komik di Malaysia Category: Majalah di Malaysia Category: Humour Magazine

please review[sunting | sunting sumber]