GPRS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

GPRS (Bahasa Inggeris: General Packet Radio Service; Melayu: "Perkhidmatan Radio Paket Umum") adalah perkhidmatan data mudah alih berorientasikan paket pada sistem komunikasi selular 2G dan 3G GSM. Perkhidmatan ini boleh didapati oleh pengguna di lebih 200 negara di seluruh dunia. Bagi sistem 2G, GPRS membekalkan kadar data 56-114 kbit/saat.[1]

Pemindahan data GPRS biasanya dicaj setiap megabyte yang dihantar, sementara komunikasi data melalui litar suis tradisional dicaj menurut berapa minit tempoh sambungan, tanpa mengira samaada pengguna menggunakannya atau dalam keadaan bersedia. GPRS merupakan perkhidmatan suis paket usaha terbaik, berbeza dengan suis litar, di mana kualiti perkhidmatan dijamin semasa sambungan bagi pengguna bukan mobil.

Sistem selular 2G digabungkan dengan GPRS sering digambarkan sebagai 2.5G, iaitu teknologi perantaraan generasi (2G) kedua dan (3G) ketiga telefon mudah alih.[2]. Ia memiliki kelajuan pemindahan data yang serdahana, dengan menggunakan capaian pelbagai pembahagian masa yang tidak digunakan ("time division multiple access - TDMA") dalam saluran, contohnya, sistem GSM. Pada awalnya terdapat beberapa pertimbangan untuk melanjutkan GPRS untuk menggantikan piwaian lain, namun sebaliknya rangkaian tersebut diubah untuk menggunakan piwaian GSM, sehingga GSM adalah satu-satunya jenis rangkaian di mana GPRS digunakan. GPRS disepadukan dalam GSM Release 97 dan seterusnya. Ia pada asalnya dipiwaiankan Institut Piwaian Telekomunikasi Eropah ("European Telecommunications Standards Institute - ETSI"), tapi sekarang oleh Projek Rakankongsi Generasi ke-3 ("3rd Generation Partnership Project - 3GPP")[3][4].

GPRS dibangunkan sebagai jawapan GSM bagi teknologi selular suis paket CDPD dan i-mode sebelumnya.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kelajuan maksimum sambungan GPRS yang ditawarkan pada tahun 2003 adalah sama dengan sambungan modem dalam rangkaian telefon kabel analog, sekitar 32-40 kbit, bergantung pada jenis telefon yang digunakan. Kelewatan sangat tinggi; tempoh ulang alik ("round-trip time - rtt") biasanya sekitar 600-700 milisaat dan sering mencapai 1 saat. GPRS biasanya diutamakan lebih rendah daripada perbualan, dan kualiti sambungan amat berbeza.

Peranti dengan kelewatan/perelokan rtt (melalui, contohnya, ciri mod UL TBF dilanjutkan) pada umumnya ada. Juga, peningkatan rangkaian bagi ciri terdapat bagi pembekal tertentu. Dengan peningkatan ini tempoh pergi-balik aktif dapat dikurangkan, sehingga peningkatan yang banyak dalam kelajuan peringkat aplikasi sebenar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]