GSF Parameswara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

GSF Parameswara adalah sebuah pelantar gerudi milik Transocean Ltd. GSF Parameswara direka oleh Baker Marine Corporation bagi beroperasi pada kedalaman air pada 300 kaki dan kedalaman penggerudian sedalam 25,000 kaki. Pelantar ini mampu menempatkan seramai 118 orang krew.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

GSF Parameswara telah dibina di Limbungan Promet, Singapura pada tahun 1983 dengan kos sebanyak AS$ 49 juta. Ia dibina sebagai sebuah pelantar gerudi bicuan untuk syarikat minyak dari Malaysia, PETRONAS bagi digunakan untuk aktiviti-aktiviti carigali dan pembangunan di blok eksplorasi dan pembangunan milik Petronas Carigali di luar pantai timur Malaysia. Asalnya, pelantar gerudi ini akan ditempatkan di medan gas Duyong. Berdasarkan rekaan awal BMC 300 oleh Baker Marine Corporation, pelantar ini akan dilengkapi dengan kuarter tempat tinggal setinggi empat tingkat yang boleh menempatkan 90 orang krew, tiga buah kren, sebuah dek helikopter, dewan makan, dapur dan bilik rekreasi. Pelantar ini direka berdasarkan piawaian Biro Perkapalan Amerika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]