Galvanometer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pergerakan galvanometer D'Arsonval/Weston - dengan gegelung bergerak ditunjukkan berwarna jingga.

Galvanometer atau jangka galvani ialah sejenis ammeter: alat untuk mengesan arus elektrik. Alat ini merupakan penggerak elektromekanikal analog yang menghasilkan pesongan berputar bagi sesetengah jenis penuding sebagai gerak balas kepada arus elektrik yang mengalir melalui gegelungnya dalam suatu medan magnet.

Galvanometer merupakan alat pertama yang digunakan untuk mengesan dan mengukur arus elektrik. Galvanometer peka digunakan untuk mengesan isyarat daripada kabel kapal selam panjang, dan untuk menemui kegiatan elektrik bagi jantung dan otak. Sesetengah galvanometer menggunakan penuding pepejal pada skala untuk menunjukkan ukuran, jenis sangat peka lain menggunakan cermin kecil dan alur cahaya untuk menyediakan amplifikasi mekanikal bagi isyarat aras rendah. Pada awalnya, alat makmal yang bergantung medan magnet milik Bumi sendiri untuk menyediakan daya pemulih untuk penuding, galvanometer dikembangkan menjadi alat mudah alih peka, lasak, dan padat yang penting kepada perkembangan elektroteknologi. Sejenis galvanometer yang merakam ukuran dengan kekal ialah perakam carta. Istilah ini telah berkembang untuk menyertakan kegunaan mekanisme sama dalam kelengkapan perakaman, penentududukan, dan servomekanisme.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]