Gangguan pemakanan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Eating Disorder(EDO)
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10F50
ICD-9307.5
MeSHD001068
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Gangguan pemakanan adalah keadaan bilamana seseorang makan, atau tidak makan, dengan cara yang memberi kesan negatif kepada kesihatan fizikal atau mental si pemakan. Gangguan pemakanan boleh berkisar dari seksaan mental yang ringan kepada keadaan yang mengancam nyawa, dan boleh memberi kesan dalam setiap aspek kehidupan harian seseorang. Menurut pengarang Surviving an Eating Disorder, "perasaan mengenai kerja, sekolah, perhubungan, aktiviti harian dan pengalaman seseorang terhadap ketenangan emosi ditentukan oleh apa yang dimakan atau tidak dimakan, atau oleh satu nombor berdasarkan satu skala."[1] Anorexia nervosa dan bulimia nervosa adalah contoh gangguan pemakanan yang sering berlaku dan secara umumnya diiktiraf oleh skim pengklasifikasi perubatan,[2] dengan diagnosis penting saling bertindih antara kedua-duanya.[3] Kedua-duanya mempengaruhi kira-kira 5-7% wanita di Amerika Syarikat semasa hayat mereka[4] dan "kira-kira 10% daripada mereka yang mengalami gangguan pemakanan yang menemui pakar kesihatan mental adalah lelaki".[5] Terdapat beberapa jenis gangguan pemakanan yang lain yang tersebar luas di kalangan demografi tertentu yang sedang diselidik dan ditafsirkan - sindrom Rumination, Keseronokan menikmati makanan, dan Selective eating disorder.

Gangguan[sunting | sunting sumber]

Anorexia nervosa[sunting | sunting sumber]

Anorexia nervosa merupakan penurunan berat badan yang disengajakan dan berterusan yang didorong oleh rasa takut dengan imej badan yang herot-benyot. Ia merupakan gangguan serius yang boleh menyebabkan kematian.[6] Gangguan ini tidak harus dikelirukan dengan anorexia, iaitu gejala umum kehilangan nafsu makan atau tidak tertarik pada makanan. DSM-IV menyifatkan anorexia nervosa sebagai:

  • Berat badan kurang yang tidak normal (garis panduan yang dicadangkan = 85% dari berat biasa untuk umur dan tinggi, atau BMI = 17.5).
  • Bagi wanita yang telah datang haid, tidak datang haid tiga kitaran berturut-turut.
  • Ketakutan yang melampau akan penambahan berat badan atau keasyikan dengan berat dan bentuk badan.[7]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siegel, Michaele, Brisman, Judith and Weinshel, Margot. Surviving an Eating Disorder. New York: Harper and Row Publishers. 1988.
  2. ^ "ICD-10: Behavioural syndromes associated with physiological disturbances and physical factors". World Health Organization. 2006-04-05. Dicapai pada 2007-03-08.
  3. ^ Milos, G; Spindler, A; Schnyder, U; Fairburn, C G (2005), "Instability of eating disorder diagnoses: prospective study", The British Journal of Psychiatry, 187 (6): 573–578, doi:10.1192/bjp.187.6.573, PMID 16319411
  4. ^ "Practice guidelines for the treatment of patients with eating disorders", American Journal of Psychiatry, American Psychiatric Association, 157 (1): 1–39, January 2000.
  5. ^ Find specific information regarding eating disorders in men and boys, National Eating Disorders Association Text "webpage" ignored (bantuan)
  6. ^ Santrock, J. W. (2005). Nutrition and Eating Behavior. In Mike Ryan (Ed.). A Topical Approach to Life-Span Development, Fourth Edition (pp 156-157). New York City: McGraw-Hill.
  7. ^ American Psychiatric Association. (1994). Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders DSM-IV-TR (ed. 4th). American Psychiatric Association. ISBN 0890420629.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Natenshon, Abigail, penyunting (1999), When Your Child Has an Eating Disorder: A Step-By-Step Workbook for Parents and Other Caregivers, Jossey Bass, ISBN 0-7879-4578-1
  • Thompson, K. J., penyunting (2003), Body Image, Eating Disorders, and Obesity: An Integrative Guide for Assessment and Treatment, APA Books, ISBN 1-55798-726-2
  • Agras, W. Steward (2004), "The consequences and costs of the eating disorders", The psychiatric clinics of North America, 24 (2): 371, doi:10.1016/S0193-953X(05)70232-X
  • Crow, S.; Praus, B; Thuras, P (1999), "Mortality from Eating Disorders—A 5- to 10-Year Record Linkage Study", International journal of eating disorders, 26: 97, doi:10.1002/(SICI)1098-108X(199907)26:1<97::AID-EAT13>3.0.CO;2-D
  • Crow, S; Nyman, J. (2004), "The Cost-Effectiveness of Anorexia Nervosa Treatment", International journal of eating disorders, 35 (2): 155, doi:10.1002/eat.10258
  • Lauer, C. J.; Krieg, J. C. (2004), "Sleep in eating disorders", Sleep Medicine Review, 8 (2): 109, doi:10.1016/S1087-0792(02)00122-3
  • Meads, C.; Gold, L.; Burls, A. (2001), "How effective is outpatient care compared to inpatient care for the treatment of Anorexia Nervosa? A systemic review", European eating disorders review, 9 (4): 229, doi:10.1002/erv.406
  • = Zeeck, A.; Herzog, T.; Hartman, A. (2004), "Day clinic or inpatient care for severe Bulimia Nervosa", European eating disorders review, 12 (2): 79, doi:10.1002/erv.535
  • Zipfel, S (2000), "Long-term prognosis in anorexia nervosa: Lessons from a 21-year follow-up study", Lancet (North American Edition), 355 (9205): 721

Pautan luar[sunting | sunting sumber]