Garfu tala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Garfu tala

Garfu tala merupakan sejenis alat yang berbentuk seperti garfu bergigi dua (atau berbentuk huruf y) dan beresonansi pada frekuensi tertentu apabila dihentakkan pada suatu benda. Garfu tala hanya bergetar pada satu frekuensi, tamsilnya nada a' dengan frekuensi 440 Hertz. Disebabkan frekuensi ini tetap, garfu tala biasanya digunakan untuk menala alat muzik lain, seperti gitar dan piano. Garfu tala dapat memuai jika panas dan menyusut jika sejuk sehingga mempengaruhi frekuensi yang dihasilkan tidak tandar lagi. Pada garfu tala yang berkualiti baik tidak akan mudah menyusut atau memuai sehingga frekuensi yang dihasilkan tetap piawai.