Frekuensi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuantiti frekuensi dalam bidang sains merupakan ukuran jumlah kejadian satu peristiwa berulang dalam seunit masa. Unit SI bagi frekuensi ialah hertz (Hz).Unit lain yang kerap digunakan ialah putaran seminit (rpm). Kadar denyut jantung dan tempo muzik pula lazimnya diukur dalam unit rentak seminit {BPM).

Pengukuran[sunting | sunting sumber]

Frekuensi dihubungkan dengan tempoh satu kitar lengkap terhasil, T melalui formula:


f = \frac{1}{T}

Bagi sebuah gelombang yang mempunyai halaju v dan panjang gelombang λ, frekuensi diberikan oleh

f = \frac{v}{\lambda}