Hak wanita di Arab Saudi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Peranan jantina dalam masyarakat Saudi adalah berlandaskan Sharia (hukum Islam) dan budaya kabilah. Semenanjung Arab merupakan tempat asal kabilah-kabilah nomad serta berlandaskan kuasa bapa, di mana purdah (pemisahan antara lelaki dan wanita) serta namus (maruah) dianggap sebagi sesuatu yang amat penting.

Semua wanita tidak mengira usia diharuskan untuk mempunyai seorang penjaga lelaki. Wanita tidak dibenarkan mengundi atau diangkat untuk menyandang jawatan politik yang tinggi.[1] Walau bagaimanapun, Raja Abdullah telah mengumumkan bahawa wanita akan dibenarkan untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum tempatan 2015, atas majlis nasihat baginda.[2] Arab Saudi merupakan satu-satunya negara di dunia yang melarang wanita daripada memandu. Laporan Jurang Jantina Global Forum Ekonomi Dunia 2009 menyenaraikan Saudi Arabia sebagai yang ke-130 daripada 134 buah negara bagi kesetaraan jantina. Arab Saudi merupakan satu-satunya negara yang mendapat markah sifar dalam kategori pemberian kuasa. Laporan itu tadi turut menyatakan bahawa Arab Saudi adalah salah satu daripada beberapa negara Timur Tengah yang mencatat peningkatan dari tahun 2008, dengan sedikit pencapaian dari segi peluang ekonomi.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. al-Mohamed, Asmaa. "Saudi Women's Rights: Stuck at a Red Light". Diperoleh pada 24 Jun 2010. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan vote15-pbs tidak disediakan
  3. "The Global Gender Gap Report 2009". World Economic Forum. 2009. Diperoleh pada 19 September 2010. 


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.