Hama merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dermanyssus gallinae
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Kelas: Araknida
Subkelas: Acari
Order: Mesostigmata
Keluarga: Dermanyssidae
Genus: Dermanyssus
Hama merah
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10 B88.0 (ILDS B88.060)
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

Hama merah, nama saintifiknya ialah Dermanyssus gallinae, ialah ektoparasit ternakan ayam dan itik serta burung umumnya. Hama ini adalah penghisap darah dan menyerang burung pada waktu malam. Selepas makan, ia bersembunyi di dalam rekahan dan celahan jauh daripada cahaya matahari, di mana ia mengawan dan bertelur. Dalam keadaan sesuai, kitaran hidup hama akan lengkap dalam masa tujuh hari, jadi populasinya dapat berkembang dengan cepat, menyebabkan anemia pada ternakan ayam dan itik yang dijangkiti teruk.

Dermansyssus gallinae juga dapat makan pada beberapa spesies mamalia, termasuk manusia,[1][2][3] tetapi memerlukan perumah burung untuk membiak.

Ia juga telah dikenalpasti kemungkinan menjadi vektor untuk Erysipelothrix rhusiopathiae.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]