Hans Christian Andersen
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
| Hans Christian Andersen | |
|---|---|
| Pekerjaan | novelis, penulis cerita pendek, penulis cerita dongeng, penyajak |
| Kerakyatan | Denmark |
| Genre | Kesusasteraan kanak-kanak, travelog |
|
Mempengaruhi
|
|
Hans Christian Andersen [ˈhanˀs ˈkʰʁæʂd̥jan ˈɑnɐsn̩] atau cuma H.C. Andersen [hɔse ˈɑnɐsn̩], (2 April 1805 – 4 Ogos 1875) ialah seorang pengarang dan penyajak berbangsa Denmark yang masyhur kerana mengarang cerita dongeng. Cereka-cereka terkenal beliau termasuk "Ratu Salji", "Si Duyung Kecil", "Pakaian Baru Maharaja" dan "Anak Itik Hodoh". Sepanjang riwayat beliau, Andersen diraikan oleh Kerabat Diraja dan disanjung kerana membawa keriangan kepada kanak-kanak di seluruh Eropah. Cerita-cerita dongengnya telah diterjemah ke lebih seratus bahasa dan masih diterbitkan dalam "berjuta-juta salinan di seluruh dunia".[1]
[sunting] Cerita dongeng
Antara cerita-cerita dongeng karya beliau termasuk:
- Pakaian Baru Maharaja (1837) [1]
- Pokok Fir (1844) [2]
- Keluarga Bahagia (1847) [3]
- Gadis Penjual Mancis (1848) [4]
- Si Duyung Kecil (1836) [5]
- Burung Rindu Malam (1844) [6]
- Rumah Usang (1847) [7]
- Puteri dan Sebutir Kacang Pis (1835; also known as The Real Princess) [8]
- Kasut Merah (1845) [9]
- Ratu Salji (1845) [10]
- Kisah Seorang Ibu (1847) [11]
- Thumbelina (1835) [12]
- Anak Itik Hodoh (1844) [13]
- Angsa Liar (1838) [14]
[sunting] Nota dan rujukan
- ↑ Elias Bredsdorff, Hans Christian Andersen: the story of his life and work 1805-75, Phaidon (1975) ISBN 0-7148-1636-1
[sunting] Pautan luar
|
Wikisource mempunyai karya asli yang dikarang oleh atau mengenai: Hans Christian Andersen |
- The Hans Christian Andersen Center - mengandungi banyak cereka Andersen dalam bahasa Denmark dan Inggeris
- Muzium Hans Christian Andersen di Odense mengandungi satu koleksi digital besar mengenai potongan kertas, lukisan dan potret Hans Christian Andersen - Anda juga boleh mengikuti kisah pengembaraan beliau merentasi Eropah dan menerokai kajian Nyhavn beliau.
- Hans Cristian Andersen dalam Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)