Hari April Fool

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar

Hari April Fool merupakan hari yang disambut setiap 1 April di kebanyakan negara. Hari ini disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka.

Senarai kandungan

[sunting] Contoh jenaka April Fool

[sunting] Malaysiakini

Pada 1 April 2005, laman web Malaysiakini menyiarkan berita mengenai tiga menteri Kabinet dan seorang Menteri Besar akan didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Empat pemimpin itu dikatakan sebahagian daripada 18 kes rasuah melibatkan orang kenamaan yang disiasat oleh Jabatan Peguam Negara.

Laporan itu dikeluarkan pada pukul 10.18 pagi tetapi disusuli tiga minit kemudian dengan satu penjelasan bahawa ia hanyalah satu jenaka yang menyebabkan kemarahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Malaysiakini memberi penjelasan yang disiarkan pada pukul 5.20 petang yang sama, dengan memaklumkan bahawa laporan itu dibuat untuk mencetuskan perbincangan di kalangan masyakat tentang isu rasuah. Ia juga mahu menarik perhatian masyarakat kepada apa yang disifatkannya sebagai "belum lagi dilakukan" oleh kerajaan untuk melawan jenayah itu[1].

[sunting] Contoh lain

[sunting] Lihat juga

  1. April Fool (agen dua muka)

[sunting] Nota kaki

  1. Malaysiakini dan nota kaki April Fool, Utusan, 3 April 2005

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi