Herpetologi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Zoologi

Rød ræv (Vulpes vulpes).jpg

Cabang Zoologi

Akarologi

Araknologi

Antrozoologi

Kriptozoologi

Entomologi

Etologi

Herpetologi

Iktiologi

Mamalogi

Mirmekologi

Neuroetologi

Ornitologi

Paleozoologi

Setologi

Sejarah

Pra-Darwin

Pasca-Darwin

Herpetologi merupakan cabang zoologi yang berkenaan dengan kajian amfibia (katak, kodok, salamander, niut dsb.) dan reptilia ( ular, cicak, biawak, kura-kura, penyu, buaya, dsb.). Batrakologi merupakan satu cabang herpetologi yang berkenaan dengan kajian amfibia sahaja.

Herpetologi bermanfaat kepada manusia menerusi kajian terhadap peranan amfibia dan reptilia dalam ekologi sejagat, terutama sekali kerana amfibia lazimnya amat peka kepada perubahan dalam persekitaran, dan oleh itu memberi manusia amaran yang nyata akan sedang berlangsungnya perubahan besar. Sesetengah toksin dan bisa hasilan reptilia dan amfibia adalah berguna untuk perubatan manusia. Kini, sesetengah bisa ular telah digunakan untuk mencipta anti-pembeku untuk tujuan merawat pesakit angin ahmar dan serangan jantung.

Istilah "herpetologi" berasal dari bahasa Yunani: ἑρπετόν, herpeton, "binatang merangkak" dan -λογία, -logia..[1] Pada zaman dahulu, reptilia dan amfibia digolongkan dalam kelas yang sama iaitu "herpetilia" mengurut pengelasan haiwan oleh Linnaeus. Terdapat lebih daripada 6700 spesies amfibia[2] dan lebih daripada 9000 spesies reptilia.[3] Biarpun tidak lagi relevan berdasarkan taksonomi moden, namun istilah "herpetilia" masih dikekalkan dalam istilah herpetologi dan herpetokultur iaitu penternakan dan pembiakbakaan reptilia dan amfibia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "herpers - Community Profile". Community.livejournal.com. 2001-06-09. Diperoleh pada 2012-08-13. 
  2. "AmphibiaWeb". AmphibiaWeb. Diperoleh pada 2012-08-13. 
  3. "Species Statistics February 2012". Reptile-database.org. Diperoleh pada 2012-08-13.