Honiara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemandangan Honiara.

Honiara ialah ibu negara Provinsi Guadalcanal dan sejak 1952, juga merupakan ibu negara rasmi Kepulauan Solomon, walaupun bandar ini ditadbirkan secara berasingan. Jumlah penduduknya pada tahun 1999 ialah 49,107.

Honiara terletak di Pulau Guadalcanal dan dibina untuk menggantikan bekas ibu negara Tulaghi pada akhir Perang Dunia II. Bandar ini berdasarkan Lebuh Raya Kukum yang mengaitkan ladang Henderson di timur Honiara dengan petempatan Sungai Putih di barat, dan melalui hospital Nambanaen dan Pekan Cina yang baru-baru terbakar.

Honiara mempunyai sebuah pelabuhan, dengan feri-feri bertolak dari sana ke provinsi-provinsi lain. Taman di Galeri Seni Negara amat popular untuk berjalan-jalan pada waktu petang, sedangkan Rumah Kerajaan yang dibina semula serta Muzium Negara adalah dua tempat yang menarik. Tempat teduh Kelab Perahu Layar dan teres Hotel Solomon Kitano Mendana menarik banyak pelancong serta orang tempatan. Biro Pelancong Kepulauan Soloman terletak di antara kedua-dua bangunan ini. [1].

Koordinat Honiara 9°28' Selatan, 159°49' Timur (-9.46667, 159.81667). [2]