Hubungan Malaysia - Chile

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hubungan Malaysia – Chile dihalang oleh jarak yang jauh, dipisahkan oleh Lautan Pasifik.

Hubungan Chile dan Malaysia hanya berdasarkan hubungan dagang. Tahun 2009, perdagangan antara kedua-dua negara berjumlah AS$336 juta, dengan eksport Malaysia ke Chile berjumlah AS$186.8 juta sementara import AS$148.7 juta.

Lawatan Sultan Mizan ke Chile[sunting | sunting sumber]

Pada 19 April 2009, Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Mizan Zainal Abidin, dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah melakukan lawatan rasmi ke negara Chile dan bertemu dengan Presiden Chile, Michele Bachelet.

Rombongan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Santiago. Antara kenamaan yang hadir ialah Duta Besar Chile ke Malaysia, Hose Menuel; dan Duta Besar Malaysia ke Chile, Abdullah Faiz Mohd Zain.

Rombongan melawat Istana Consistorial, Muzium Seni Pra-Columbia dan Galleria Haiwan. Lokasi lain ialah Constitution Square (Medan Perlembagaan). Kunci bandaraya daripada Datuk Bandar Santiago, Pablo Zalaquett Said diberi kepada Seri Paduka sebagai tanda penghargaan atas lawatan itu.

Rombongan diraja itu turut melawat ibu pejabat Unit Berkuda Polis Chile di Calle Cuacho Verde dan disambut Ketua Polis Chile Jeneral Eduardo Gordon. Sultan Mizan merupakan peminat sukan berkuda. Tuanku Nur Zahirah melawat Fina Artesania Chilena (FABA) bagi melihat kehalusan Lapis Lazuli, batu permata yang hanya boleh didapati di Chile dan Afghanistan.[1]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Agong, Permaisuri Akhiri Lawatan Ke Chile, Bernama