Raja Permaisuri Agong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Diraja Raja Permaisuri Agong

Raja Permaisuri Agong ataupun Permaisuri Malaysia (Jawi: راج ڤرمايسوري اݢوڠ) merupakan isteri kepada Yang di-Pertuan Agong. Ia adalah gelaran rasmi bagi isteri ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh ialah: Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong (سري ڤدوک بݢيندا راج ڤرمايسوري اݢوڠ).

Raja Permaisuri Agong tidak dipilih tetapi isteri kepada raja atau sultan sesuatu negeri akan menjadi Raja Permaisuri Agong apabila suaminya itu telah terpilih untuk memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong. Lazimnya, Raja Permaisuri Agong akan mengiringi Yang di-Pertuan Agong dalam lawatan rasmi dan tidak rasmi serta upacara diraja dan kenegaraan.

Senarai Raja Permaisuri Agong[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai Raja Permaisuri Agong serta tempoh baginda memegang tampuk tersebut:

  1. Tuanku Puan Besar Kurshiah binti Almarhum Tuanku Besar Burhanuddin
    31 Ogos 1957 - 1 April 1960
  2. Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
    14 April 1960 - 1 September 1960
  3. Tengku Budriah binti Almarhum Tengku Ismail
    21 September 1960 - 20 September 1965
  4. Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
    21 September 1965 - 20 September 1970
  5. Tunku Hajah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman
    21 September 1970 - 20 September 1975
  6. Tengku Zainab binti Tengku Mohammad Petra
    21 September 1975 - 30 Mac 1979
  7. Tengku Hajah Afzan binti Tengku Mohammad Panglima Perang
    26 April 1979 - 25 April 1984
  8. Sultanah Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja
    26 April 1984 - 25 April 1989
  9. Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali
    26 April 1989 - 25 April 1994
  10. Tunku Najihah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin
    26 April 1994 - 25 April 1999
  11. Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman
    26 April 1999 - 21 November 2001
  12. Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid
    13 Disember 2001 - 12 Disember 2006
  13. Tuanku Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri
    13 Disember 2006 - 12 Disember 2011
  14. Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun
    13 Disember 2011 - kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]