Huruf syamsiah dan qamariah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Huruf syamsiah yang berwarna merah dan huruf qamariah yang berwarna hitam

Huruf syamsiah dan huruf qamariah (bahasa Arab: حروف شمسية‎ ḥurūf šamsiyyah dan حروف قمرية ḥurūf qamariyyah) adalah pembahagian huruf-huruf Arab dalam ilmu tajwid yang didasarkan pada kombinasi antara huruf tersebut dengan kombinasi antara huruf alif dan lam.[1]

Huruf syamsiah[sunting | sunting sumber]

Huruf syamsiah atau huruf matahari adalah huruf yang menghilangkan pembacaan dari huruf lam, contohnya pada kata al-Syamsiyah (الشمسية) harus dibaca as-syamsiyah dengan menghilangkan pembacaan pada huruf lam.

Jumlah huruf syamsiah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, yakni: ط ث ص ر ت ض ذ ن د س ظ ز ش ل

Huruf qamariah[sunting | sunting sumber]

Huruf qamariah atau huruf bulan adalah huruf yang dibaca secara jelas, namun tetap mempertegaskan pembacaan pada huruf lam, contohnya pada kata al-qamariyah (القمرية) harus dan tetap dibaca al-qamariyah dengan menegaskan pembacaan pada huruf lam.

Jumlah huruf qamariah adalah sebanyak 14 huruf hijaiah bahasa Arab, yakni: ا ب غ ح ج ك و خ ف ع ق ي م ه

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Abboud, Peter F. et al. (1983). Elementary Modern Standard Arabic 1. Cambridge UP. ms. 123–124. ISBN 0 521 27295 5. 

Templat:Huruf Arab Templat:Arab-stub