Hutan pantai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hutan pantai terdapat di kawasan pinggir laut yang rendah, bersaliran baik, berpasir dan terdedah kepada tiupan angin dari laut. Antara tumbuh-tumbahan yang terdapat di hutan pantai ialah pokok Ru.

Kawasan pesisiran pantai merupakan entiti yang kompleks di mana pelbagai interaksi haiwan, tumbuhan, manusia dan kuasa alam yang dinamik berlaku. Terdapat pelbagai jenis hutan yang berada di kawasan ini seperti hutan paya laut atau hutan bakau, hutan paya gambut, hutan tepian sungai, dan hutan pantai. Kawasan hutan di pesisiran pantai memainkan peranan yang amat penting kepada kesejahteraan penduduk pesisir yang tinggal berhampiran dengan pantai dari segi sosial, ekonomi, dan keselamatan.

Pokok Tapak Kuda yang tumbuh di tepi pantai.

Hutan paya laut merupakan habitat kepada pelbagai spesies tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri morfologi dan fisiologi yang istimewa lagi unik yang berfungsi untuk penyesuaian kepada persekitaran yang sentiasa mengalami air pasang surut, kemasinan air yang tinggi, keadaan tanah berlumpur, terdedah pada pukulan ombak serta tiupan angin yang kencang sepanjang masa. Antara spesies yang tumbuh di kawasan ini adalah seperti Bakau minyak (Rhizophora apiculata), pokok Bakau Kurap (Rhizophora mucronata) dan banyak lagi, pokok kelapa, pokok renek, pokok Mengkuang Laut, tumbuhan menjalar seperti pokok tapak kuda dan semak samun. Tumbuh-tumbuhan ini dapat hidup walaupun sekali-sekala ditengelami air laut.