ITIL

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Information Technology Infrastructure Library (ITIL®) ialah suatu kerangka untuk amalan terbaik bagi menyediakan perkhidmatan teknologi maklumat (IT) bermutu tinggi. ITIL telah menggariskan prosedur yang terperinci untuk membantu pihak-pihak perniagaan dalam mencapai mutu kewangan serta operasi IT yang tinggi nilainya. Prosedur-prosedur ini tidak tertakluk pada mana-mana pembekal dan telah dibangunkan untuk memberikan panduan menyeluruh mengenai prasarana, pembangunan serta operasi IT.

ITIL diterbitkan dalam satu siri buku-buku (justeru namanya Library atau perpustakaan), setiap satunya merangkumi teras bidang pengurusan IT. Nama ITIL dan IT Infrastructure Library adalah tanda nama berdaftar kepunyaan Office of Government Commerce (OGC) negara United Kingdom.

Persijilan[sunting | sunting sumber]

Contoh pin baju pemegang Sijil Yayasan ITIL.

Persijilan ITIL diuruskan oleh Lembaga Pengurusan Persijilan ITIL (ICMB) yang terdiri dari OGC, Forum Pengurusan Perkhidmatan ((itSMF) Antarabangsa dan dua lembaga peperiksaan: EXIN (berpusat di Belanda) dan ISEB (berpusat di UK).