Ibn Abdul Hakam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ibn Abdul Hakam (lahir ca 803 – meninggal dunia 871 M di al-Fustat berdekatan Kaherah) atau nama penuhnya, Abu'l Qasim Abdul Rahman bin Abdullah bin Abdul Hakam bin Aʿyan al-Qurasyi al-Masri ( Bahasa Arab: أبو القاسم عبد الرحمن بن عبد الله بن عبد الحكم بن اعين القرشي المصري‎ ),[1]) ialah seorang sejarawan Muslim Mesir. Beliau menghasilkan karya yang dikenali sebagai Penaklukan Mesir dan Maghreb dan al-Andalus (Bahasa Arab: فتح مصر و المغرب و الاندلس‎). Karya ini dianggap sebagai satu daripada kerja pensejarahan Arab Islam yang terawal yang kekal sehingga ke hari ini.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Bapa tokoh ini, Abdullah, dan saudara lelakinya, Muhammad, merupakan pakar fikah Maliki Mesir yang terkemuka pada zaman mereka. Keluarga Ibn Abdul Hakam ditindas Khalifah Al-Wathiq kerana pegangan mereka pada doktrin ortodoks Islam selepas kematian bapa Ibn Abdul Hakam. Mahupun sering dipetik oleh ahli hadis dan para sejarawan, nama mereka jarang disebut oleh sebab satu peristiwa yang memalukan yang menimpa keluarga tersebut. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Mutawakkil ahli sejarah ini serta saudara-saudara lelakinya dituduh menggelapkan harta pusaka, dipenjara dan seorang daripada saudara lelakinya meninggal dunia akibat penderaan.

Secara hakikatnya, Abdul Rahman bin Abdul Hakam seorang ahli hadis dan bukan seorang sejarawan. beliau berminat terhadap peristiwa-peristiwa sejarah yang memerikan adat Arab Muslim awal yang dapat digunakannya bagi mengajar hukum-hakam Islam.[2] Sumber rujukannya terdiri daripada buku-buku yang dihimpunkan oleh para ahli hadis yang awal (yang kini hilang), dan sumber-sumber lisan seperti bapanya sendiri.

Karya[sunting | sunting sumber]

Empat manuskrip karya masih kekal, dan kesemua manuskrip tersebut dianggap sebagi kerja terbitan daripada sebuah naskhah asal yang berkemungkinan dibuat oleh penuntutnya.[3] Dua daripada manuskrip ini diberi judul Futuh misr (Bahasa Arab: فتح مصر‎, Penaklukan Mesir), satu berjudul Futuh misr wa akhbaraha (Bahasa Arab: فتح مصر و أخبارها‎, Penaklukan Mesir dan sedikit maklumat, yakni maklumat tentang negeri itu), dan satu diberi judul yang lebih lengkap iaitu Penaklukan Mesir dan Maghreb dan al-Andalus.[4]

Sebahagian besar karya ini berkaitan dengan pensejarahan legenda Mesir pra-Islam, penaklukan Mesir oleh orang Arab, petempatan Muslim awal dan para qadi pertama.

Karya Ibn Abdul Hakam merupakan sumber penting oleh sebab ia merupakan periwayatan Arab yang terawal tentang penaklukan negara-negara berkaitan oleh orang Islam. Walau bagaimanapun, ia ditulis lebih kurang 200 tahun selepas kejadian dan oleh sebab itu ia juag mencampuradukkan fakta dengan legenda yang direka kemudian, yakni selepas kejadian sebenar.[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Torrey, p.1 of preface to Arabic edition.
  2. Torrey, preface to Arabic edition; and more particularly the article by Robert Brunschvig.
  3. Torrey, p. 17 of preface to Arabic edition.
  4. Torrey, p. 4 of preface to Arabic edition.
  5. See the critical study by Brunschvig, who attempts to sort the historical from the legendary.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ibn ʿAbd al-Ḥakam, Kitāb futuḥ misr wa akbārahā, edited and with English preface by Charles Torrey (English title The History of the Conquests of Egypt, North Africa, and Spain), Yale University Press, 1922.
  • Charles Torrey, "The Mohammedan Conquest of Egypt and North Africa in the years 643 to 705 A.D." Historical and Critical Contributions to Biblical Science vol 1, p. 280-330. Yale University Press, 1901. Translation with short preface. online
  • Robert Brunschvig, "Ibn 'Abdalh'akam et la conquête de l'Afrique du Nord par les Arabes." Annales de l'Institut d'Etudes Orientales, v. 6 (1942–44) 108-155. More accessibly reprinted in Al-Andalus, 40 (1975), pp. 129–179.