Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi (IPD Dang Wangi) terletak di Dang Wangi, Kuala Lumpur, bersebelahan dengan Stadium Merdeka dan Stadium Negara. Balai polis ini boleh dimasuki dari Jalan Hang Tuah. Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pula terletak di Jalan Hang Tuah, berhadapan dengan Penjara Pudu, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi [sunting]

Ketua Polis Daerah Dang Wangi selalu menjadi rujukan kes-kes berkaitan dengan isu-isu politik dan permohonan permit perhimpunan. Mana-mana parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan yang ingin mengadakan perhimpunan, perarakan dan sebagainya di Kuala Lumpur, hendaklah memohon permit perhimpunan kepada beliau.