Ikan Pelampong Jaring

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ikan Pelampong Jaring
Status pemuliharaan
Terlindung
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Cypriniformes
Keluarga: Cyprinidae
Genus: Puntius
Spesies: P. tetrazona
Nama binomial
Puntius tetrazona
(Bleeker, 1855)
Sinonim

Barbus tetrazona (Bleeker, 1855)
Capoeta tetrazona (Bleeker, 1855)
Barbodes tetrazona (Bleeker, 1855)
Capoeta sumatraus (Bleeker, 1855)

Ikan Pelampong Jaring (Puntius tetrazona) [1] merupakan sejenis spesies ikan air tawar tropika dari genus Puntius dalam famili Cyprinidae. Ikan ini sering dijumpai di Semenanjung Melayu, Sumatera dan Borneo, tetapi boleh juga ditemui di beberapa tempat lain di Asia.

Ciri[sunting | sunting sumber]

Ikan ini boleh membesar sehingga 7 sentimeter panjang dan 3 sentimeter lebar. Warnanya perak hingga kuning keperangan dengan empat jalur hitam menegak. Muncung dan siripnya berwarna merah.

Ikan ini selalunya dijumpai di air yang bersih dan tidak dalam sangat. Ia boleh hidup dalam suhu 20–26 °C dengan pH 6.0–8.0.

Nama[sunting | sunting sumber]

Ikan Pelampong Jaring juga boleh merujuk kepada Puntius partipentazona dan Puntius johorensis[2][3]. Beza utamanya ialah Puntius partipentazona mempunyai lima jalur manakala Puntius johorensis enam jalur. Kedua-duanya juga lebih kecil dari Puntius tetrazona.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laporan tahunan Zoo Negara Malaysia.
  2. Kelvin K P Lim dan Peter K L Ng. "Family Cyprinidae Genus Puntius" (dalam bahasa Inggeris). A Guide to Common Freshwater Fishes of Singapore. Singapore Science Centre dan Raffles Museum of Biodiversity Research. http://habitatnews.nus.edu.sg/guidebooks/freshfish/text/205.htm. 
  3. "Malaysian Freshwater Fish" (dalam bahasa Inggeris). Institut Penyelidikan Perikanan. http://dbserver.fri.gov.my/fishquery.asp?p=&sfield=local&sfield2=&svalue=a&Page=40.