Borneo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Borneo
بورنيو
Nama asli: Kalimantan (Bahagian Indonesia)
Borneo (Bahagian Malaysia)
Borneo Topography.png
Topografi Borneo
Peta menunjukkan lokasi Borneo
Peta menunjukkan lokasi Borneo
Lokasi Borneo di Asia
Geografi
Lokasi Asia Tenggara
Koordinat 1°U 114°T / 1°U 114°T / 1; 114Koordinat: 1°U 114°T / 1°U 114°T / 1; 114
Kepulauan Kepulauan Sunda Besar
Luas 743,330 km2 (287,000 batu²)
Titik tertinggi Kinabalu (4,095 m (13,435 ka))
Negara
Daerah Belait
Brunei Muara
Temburong
Tutong
Negeri Sabah
Sarawak
Provinsi Kalimantan Barat
Kalimantan Tengah
Kalimantan Selatan
Kalimantan Timur
Kalimantan Utara
Demografi
Jumlah penduduk 18,590,000 (per 2009)
Kepadatan 21.52 /km2 (55.7 /batu persegi)
Kelompok etnik Melayu, Cina, Dayak, Kadazan-Dusun, Orang Asli

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Borneo (bahasa Melayu: Borneo, tulisan Jawi: بورنيو , Bahasa Indonesia: Kalimantan) merupakan pulau ketiga terbesar di dunia. Pulau ini dikongsi oleh tiga negara: Brunei, Malaysia (Malaysia Timur) dan Indonesia (Kalimantan). Ia diduduki oleh pelbagai kaum yang datangnya dari Malaysia, Indonesia, Filipina dan Brunei. Penduduk Borneo juga terdiri daripada kumpulan etnik asli Dayak, dan orang-orang Cina yang awalnya berhijrah dari China tenggara.

Sebelum Perang Dunia II, Borneo Utara secara rasminya dikuasai oleh pihak British yang menjalankan pelbagai perdagangan, dan sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu yang asalnya dari Kepulauan Sulu di bahagian barat Borneo dan selatan Filipina. Sedangkan dalam pada itu, Borneo Selatan secara rasminya dikuasai oleh pihak Belanda yang juga menjalankan pelbagai perdagangan, serta sebahagian kecil kawasan dikuasai oleh Kesultanan Banjar.

Pada awal serangan Jepun di Borneo, pihak British tidak mempunyai keupayaan untuk mempertahankan Borneo namun begitu ada sebahagian kecil cuba mempertahankan Borneo secara gerila. Pihak Amerika Syarikat telah cuba menyumbangkan senjata bagi pihak gerila. Walaupun usaha tidak mendatangkan buah namun jelas keberanian dan pengorbanan pada tanahair tetap bersemarak di kalbu setiap pejuang. Ini menggambarkan satu kualiti dan simbol kebanggaan selamanya.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Gunung Kinabalu adalah titik, puncak dan gunung tertinggi di Borneo.

Borneo dikelilingi oleh Laut China Selatan di utara dan barat laut, Laut Sulu di timur laut, Laut Sulawesi dan Selat Makasar di sebelah timur, dan Laut Jawa dan Selat Karimata di selatan. Ini adalah pulau terbesar di Kepulauan Melayu, dengan luas 743,330 kilometer persegi (287,000 batu²). Di sebelah barat Borneo adalah Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera, di sebelah selatan adalah Jawa, di sebelah timur adalah Sulawesi, dan di sebelah timur laut adalah Filipina.

Titik tertinggi Borneo adalah Gunung Kinabalu di Sabah, Malaysia, dengan ketinggian 4,095 m (13,435 ka) di atas permukaan laut. Ini adalah puncak tertinggi ketiga di Asia Tenggara, yang juga membuat Borneo menjadi pulau tertinggi ketiga di dunia.

Sistem sungai yang terbesar adalah Kapuas di Kalimantan Barat. Dengan panjang 1,143 km (710 bt), ini adalah sungai terpanjang di Indonesia. Sungai terpanjang Malaysia, iaitu Rajang, terletak di Sarawak dan panjangnya 562.5 km (349.5 bt). Sungai-sungai besar yang lain adalah Barito di Kalimantan Selatan sepanjang 880 km (550 bt) dan Mahakam di Kalimantan Timur sepanjang 980 km (610 bt).

Borneo mempunyai sistem gua yang signifikan. Sebagai contoh, Gua Air Jernih di Taman Negara Mulu memiliki salah satu sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia. Contoh lain adalah Gua Rusa, yang dianggap sebagai salah satu gua terbesar di dunia, merupakan tempat bagi lebih dari tiga juta kelawar dan memiliki akumulasi guano yang lebih tinggi dari 100 meter (330 ka).[1]

Bandar terbesar[sunting | sunting sumber]

Berikut ini adalah daftar kawasan bandar di Borneo berdasarkan perhitungan penduduk 2008 yang disusun oleh The World Gazetteer.[2][3]

Peringkat Bandar Populasi Negara
1 Kuching, Sarawak 632,505 Malaysia
2 Banjarmasin, Kalimantan Selatan 598,518 Indonesia
3 Kota Kinabalu, Sabah 543,765 Malaysia
4 Pontianak, Kalimantan Barat 466,090 Indonesia
5 Sandakan, Sabah 453,759 Malaysia
6 Balikpapan, Kalimantan Timur 453,575 Indonesia
7 Bandar Seri Begawan 388,190 Brunei (ibu negara)
8 Samarinda, Kalimantan Timur 356,034 Indonesia
9 Tawau, Sabah 354,243 Malaysia
10 Miri, Sarawak 257,305 Malaysia
11 Sibu, Sarawak 180 000 Malaysia
12 Victoria, Labuan 83,100 Malaysia

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Kawasan berwarna kuning terang: Kalimantan (Indonesia), hijau: Brunei, jingga: Sabah dan Sarawak (Malaysia).

Pulau Borneo dibahagikan secara pentadbiran oleh tiga negara:

Negeri dan Wilayah Persekutuan
atau Provinsi
Ibu negeri Bahagian negara Luas
km²
Luas
%
Populasi
Banci 2000 1)
Populasi
%
Brunei Bandar Seri Begawan Kesultanan bebas 5,770 0.77 569,000 2.1
Sarawak Kuching Malaysia 124,450 16.6 2,012,616 12.4
Sabah Kota Kinabalu Malaysia 73,619 9.8 2,449,389 15.1
Labuan 2) Bandar Labuan (Victoria) Wilayah Persekutuan
Malaysia
92 0.01 70,517 0.4
Kalimantan Barat Pontianak Indonesia 146,760 19.5 4,034,198 24.9
Kalimantan Tengah Palangkaraya Indonesia 152,600 20.3 2,985,240 18.4
Kalimantan Selatan Banjarmasin Indonesia 37,660 5,0 1,857,000 11.5
Kalimantan Utara Tanjung Selor Indonesia 71,176 - 524,526 -
Kalimantan Timur Samarinda Indonesia 210,985 28.1 2,455,120 15.2
Borneo Kuching 3) 3 negara 751,936 100.0 16,196,924 100.0
1) Brunei: Banci Penduduk 2001
2) Sesungguhnya tidak di Borneo, tapi di pulau-pulau berhampiran pantai (2.5 km dari pulau utama Borneo)
3) Bandar terbesar

Ekologi[sunting | sunting sumber]

Pokok Periuk Kera (Nepenthes villosa), spesies endemik di Taman Negara Kinabalu, Borneo.

Borneo sangat kaya biodiversiti dibandingkan dengan banyak kawasan lain (MacKinnon et al. 1998). Terdapat sekitar 15,000 spesies tumbuhan berbunga dengan 3,000 spesies pokok (267 spesies Dipterocarpaceae), 221 spesies mamalia darat dan 420 spesies burung tinggal di Borneo (MacKinnon et al. 1998). Pulau ini juga merupakan pusat evolusi dan radiasi spesies endemik tumbuhan dan haiwan. Akibat pembasmian hutan secara meluas, hutan hujan Borneo adalah satu-satunya habitat alam yang tersisa untuk Orang Utan Borneo yang terancam punah. Borneo juga merupakan tempat perlindungan penting bagi banyak spesies endemik hutan, umpamanya Gajah Asia, Badak Kerbau Borneo, Harimau Dahan Borneo, Musang Hitam Pudar dan Cecadu Dayak. Sebagai salah satu tempat yang memiliki biodiversiti paling tinggi di bumi, World Wildlife Fund telah menyatakan bahawa 361 spesies haiwan dan tanaman telah dijumpai sejak tahun 1996 di Borneo, menekankan kepelbagaian hayatnya yang tak tertandingi.[4] Dalam jangka waktu 18 bulan dari Julai 2005 sampai dengan Disember 2006, 52 spesies baru lain juga berhasil ditemui.

Pulau ini secara sejarah meliputi hutan tropika yang luas, tetapi daerah hutan menyusut dengan cepat kerana pembalakan besar-besaran untuk keperluan industri papan lapis Malaysia dan Indonesia. Selain itu, ladang kelapa sawit dengan cepat menjarah sisa-sisa terakhir hutan primer. Hutan hujan juga sangat hancur oleh sebab kebakaran hutan tahun 1997 hingga 1998, yang bermula dari upaya penduduk tempatan untuk membersihkan hutan untuk perkebunan, dan selanjutnya juga diabadikan oleh musim kemarau El Niño yang sangat kering selama tempoh itu.

Dalam rangka memerangi penduduk berlebihan di Jawa, kerajaan Indonesia pada tahun 70-an dan 80-an memulakan projek transmigrasi bagi petani-petani miskin dan tanpa tanah ke Kalimantan. Pohon-pohon ditebang dan ladang-ladang dibuka, walaupun dengan hasil kesuburan tanah dihilangkan dan hakisan berlaku kerana tanah terbuka hanyut tersapu oleh hujan tropika.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Borneo memiliki penduduk 15,721,384 (banci Januari 2005), dengan kepadatan penduduk 16 orang per km persegi. Sebahagian besar penduduk tinggal di bandar-bandar persisiran, walaupun pedalaman pun ditempati iaitu di bandar-bandar kecil dan kampung-kampung di sepanjang sungai. Penduduk terutama terdiri dari bangsa Melayu, Cina dan kumpulan etnik Dayak. Orang-orang Cina yang membentuk 29% daripada penduduk Sarawak dan 17% daripada penduduk Kalimantan Barat,[5] awalnya berhijrah dari China tenggara.[6] Majoriti penduduk di Kalimantan beragama Islam atau animisme. Sekitar 15% dari Dayak beragama Kristian, agama yang diperkenalkan oleh para misionari di abad ke-19. Di Kalimantan Tengah juga ada minoriti kecil pengamal agama Hindu Bali. Di pedalaman Kalimantan juga terdapat etnik Penan, yang beberapa masih mengutamakan amalan pemburu-pengumpul dalam mencari sumber rezeki mereka. Di beberapa daerah pesisir dengan petempatan marjinal dapat dijumpai etnik Bajau, yang sejak lama bertempat tinggal di dekat laut sebagai nelayan dan hidup secara nomad. Di barat laut Borneo, kumpulan etnik Dayak terbesar adalah Iban dengan jumlah lebih kurang 710,000 orang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. BBC-TV: Planet Earth
  2. Helders, Stefan. "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-09. http://www.webcitation.org/67Wen1Hfw. Capaian 2008-12-27. 
  3. Helders, Stefan. "Indonesia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-09. http://www.webcitation.org/67Wen1Hfw. Capaian 2008-12-27. 
  4. AP. "Poisonous Chameleon Snake Discovered", CNN via Meta religion. Dicapai pada 2010-10-5. 
  5. "Province of West Kalimantan, Indonesia". Guangdong Foreign Affairs Office.
  6. "The world's successful diasporas". Management Today. April 3, 2007.

Bacaan lanjutan[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1981) b): Acacia mangium. Updated information on seed collection, handling and germination testing. Occasional Tech. and Scientific Notes, Seed Series No.5, Forest Research Centre, web: Sepilok, Sandakan, Sabah, Malaysia.
  • (Inggeris) Bowen, M.R. and Eusebio, T.V. (1982): Seed handling practices: four fast-growing hardwoods...Malaysian Forester Vol 45, No.4: 534-547.
  • (Inggeris) Ghazally Ismail et al. (eds.) Scientific Journey Through Borneo Series. Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan. 1996-2001.
  • (Inggeris) Gudgeon, L. W. W. British North Borneo. Adam and Charles Black, London (an early well-illustrated book on "British North Borneo", now known as Sabah), 1913.
  • (Inggeris) MacKinnon K, Hatta G, Halim H, Mangalik A. The ecology of Kalimantan. Oxford University Press, London. 1998.
  • (Inggeris) K M Wong & C L Chan. "Mt Kinabalu: Borneo's Magic Mountain." Natural History Publications, Kota Kinabalu. 1998.
  • (Inggeris) Mel White: " Borneo's moment of truth", National Geographic Magazine, November 2008.
  • (Inggeris) John Mathai. 2010. "Hose's Civet: Borneo's mysterious carnivore". Nature Watch 18/4: 2–8.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • (Inggeris)Environmental Profile of Borneo - Latar belakang mengenai Borneo, termasuk sejarah alam dan sosial, statistik deforestasi, dan berita pemuliharaan.
  • (Inggeris)BorneoColours.com - Perjalanan berasaskan masyarakat kawasan, pengetahuan dan laman berita dan perkhidmatan rangkaian sosial.