Imam Tirmidzi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cendekiawan Islam
Zaman Kegemilangan Islam
Nama: Abū Īsā Muhammad ibn Īsā as-Sulamī at-Tirmidhī
Gelaran: Imam Tirmidhī
Lahir: 824 M (209 H)
Wafat: 892 M (13 Rajab 279 H)
Mazhab: Shafi'i
Rantau: Parsi
Bidang: Hadis
Karya: Sunan al-Tirmidhi/Jami' at-Tirmizi


Imam Turmudzi atau Al-Turmudzi atau Al-Tirmidzi, nama asalnya adalah Abu Isa Muhammad bin Isa bin Surah Al-Turmudzi (Bahasa Arab: أبو عيسى محمد الترمذي‎) ialah seorang perawi hadis dari Parsi yang terkenal. Beliau pernah belajar hadis dari Imam Bukhari.

Beliau menyusun kitab "Sunan Al-Turmudzi" dan "Al Ilal". Beliau mengatakan bahawa dia sudah pernah menunjukkan kitab Sunannya kepada ulama-ulama Hijaz, Iraq dan Khurasan dan mereka semuanya setuju dengan isi kitab itu. Karyanya yang mashyur ialah Kitab Al-Jami’ (Jami' at-Tirmizi/Sunan al-Tirmidhi). Ia juga tergolong salah satu "Kutubus Sittah" (Enam Kitab Utama Bidang Hadis) dan ensiklopedia hadis terkenal.