Indirasagar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 22°17′2″N 76°28′17″E / 22.28389°N 76.47139°E / 22.28389; 76.47139

Indirasagar
Menakung Sungai Narmada
Lokasi Narmada Nagar, Daerah Khandwa, Madhya Pradesh
Panjang 653 m
Tinggi 92 m
Maklumat takungan
Dicipta Takungan Indira Sagar
Diselenggara oleh NHDC Ltd., sebuah anak syarikat NHPC Ltd., Narmada Valley Development Authority, Madhya Pradesh

Projek Indirasagar ( ISP: Indirasagar Project ) ialah projek empangan raksasa di Madhya Pradesh, India yang membekalkan pengairan dan kuasa hidroelektrik, dengan keupayaan simpan air yang terbesar di India.[1] Empangan ini menyeberangi Sungai Narmada, lebih kurang 10 kilometer dari desa Punasa di daerah Khandwa. Projek ini diluluskan buat pertama kali di bawah rancangan lima tahun India yang ketujuh, dengan batu asasnya diletakkan oleh mendiang Indira Gandhi, bekas Perdana Menteri India, pada 23 Oktober 1984. Pembinaan empangan utama bermula pada tahun 1992. Projek ini dilakukan oleh National Hydroelectric Power Corporation (NHPC), sebuah syarikat kerajaan.

Empangan graviti konkrit Indirasagar yang panjangnya 653 meter dan tingginya 92 meter terletak 245.17 meter di atas aras laut.[2] Terusannya 249 kilometer panjang dan takungnya mempunyai muatan simpanan terpakai sebanyak 7.90 MAF. Projek Indira Sagar mangaliri 123,000 hektar tanah di daerah-daerah Khandwa, Khargone, dan Badwani. Projek ini memiliki 8 buah turbin 125-megawatt, dengan kemuatan terpasang sebanyak 1,000 megawatt elektrik (8x125). Kuasa sebanyak 1,950 juta unit yang dijanakan oleh projek ini membekalkan 12.4 % daripada seluruh keperluan elektrik negeri Madhya Pradesh setiap tahun.[2]

Pembinaan empangan ini menenggelami 91,348 hektar tanah, dengan 40,332 – 41,444 hektar terdiri daripada hutan luruh daun.[2] Ia juga melibatkan penenggelaman sepenuhnya 69 buah desa dan penenggelaman sebahagiannya 180-186 buah desa di daerah-daerah Khandwa, Harda-Hoshangabad dan Dewas, serta juga bandar Harsud. Hampir 80% daripada jumlah penduduk yang terjejas merupakan petani.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "NIC: Indira Sagar Project". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-08-31. Dicapai pada 2009-09-06.
  2. ^ a b c d Google: Indira Sagar Dam