Indrazaghur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Indrazaghur (atau "Andarzaghar") merupakan panglima tentera Parsi peranakan Afrika dan berkulit hitam. Beliau dilahirkan di Madain, ibu kota kerajaan Parsi Sassanid. Indrazaghur membesar bersama orang Arab Iraq, dan berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan ketenteraan.

Perang Walaja[sunting | sunting sumber]

Indrazaghur pada asalnya merupakan seorang gabenor ketenteraan di Wilayah Khorasan semasa Empayar Sassanid. Apabila tentera Muslim di bawah Khalid Al-Walid menyerang Empayar Sassanid pada 633 M, Indrazaghur dilantik sebagai salah seorang panglima untuk menghalang Khalid dari sampai ke Hirah.

Maharaja Ardashir III memilih Walaja sebagai tempat untuk menghalang Khalid dan mengarahkan Indrazaghur dan tenteranya ke sana. Dia sepatutnya akan bergabung dengan tentera Panglima Besar Bahman, namun Bahman terlambat dan dia berhadapan dengan Khalid sendirian.

Walaupun tenteranya lebih ramai dari tentera Khalid, Indrazaghur terperangkap dengan taktik gerakan menyepit Khalid. Walaupun berjaya melepaskan diri dari kepungan, Indrazaghur sesat di padang pasir akhirnya mati kehausan.