Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
IPG Kampus Ilmu Khas
Institute of Teacher Education, Ilmu Khas Campus
Bertugas dengan Ikhlas
Lokasi
Cheras, Kuala Lumpur
Maklumat
Ditubuhkan 1970
Pelajar Kursus persediaan, Ijazah Sarjana Muda & Kursus Sijil Perguruan Khas
Pengarah Encik Shaari bin Osman
Timbalan Pengarah Dr Roziah binti Abdullah
Laman web

Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas terletak di Cheras, Kuala Lumpur. Institut Pendidikan Guru Malaysia ini dibuka sejak 1962 dengan menawarkan kursus Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah Penglihatan, Pendidikan Khas Masalah Pendengaran, dan Pemulihan Khas. Sebagaimana maktab-maktab perguruan yang melatih bakal guru dari seluruh Malaysia, institut yang juga dikenali sebagai IPIK (kini IPG KIK) ini turut menyediakan kursus biasa seperti Pengajian Bahasa Melayu, Pengajian Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual dan sebagainya.

IPG KIK telah mengalami beberapa perubahan sejajar dengan perkembangan pendidikan di Malaysia dan kini turut menawarkan Program Khas Pensiswazahan Guru untuk pendidikan khas secara berkembar dengan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sejarah penubuhan institut[sunting | sunting sumber]

Pada waktu penubuhannya pada tahun 1959, institut ini dikenali sebagai Specialist Teachers’ Traning Institute (STTI). Kemudian institut ini dibuka dengan rasminya oleh Menteri Pelajaran, Yang Berhormat Encik Abdul Rahman Bin Hj. Talib pada 8 Jun 1960. Institut ini memulakan pengambilan pertama peserta kursus pada Ogos 1959 dengan seramai 40 orang guru pelatih dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Penetapan dasar tentang pengambilan guru-guru yang mengikuti kursus tambahan khas adalah seperti menyediakan latihan tambahan khas Seni Lukis dan Pertukangan, Pendidikan Jasmani, Sains Rumah Tangga, Pertukangan Kayu dan Logam, Perdagangan, Sains dan Ilmu Hisab. Kursus ini diadakan dalam tempoh satu tahun. Bidang sukatan pelajaran yang diadakan dipadankan dengan sukatan pelajaran dan kursus-kursus perguruan maktab-maktab luar Negara yang telah diubah suai mengikut keperluan Negara. Maktab ini juga menjadi pusat kursus dalam masa cuti (KDC).

Pengarah pertam ialah Encik R.H.Drehnnan yang telah mengasaskan STTI dan kesinambungan kewibawaannya diterajui oleh semua pengarah seterusnya. Pada tahun 1966 nama “Specialist Teachers’ Training Institute” telah bertukar kepada Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK).

Rujukan[sunting | sunting sumber]