Iskandar (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Iskandar
Pengarah V. Nagaraj
Penerbit V. Nagaraj
Lakonan Awie
Hetty Sarlene
Jeslina Hashim
Jalaluddin Hassan
Bob Lokman
Radhi Khalid
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Iskandar ialah sebuah filem aksi romantik arahan V. Nagaraj yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 Julai 2003. Filem yang dibintangi aktor berkaliber,Awie, Jeslina Hashim, Hetty Sarlene dan Bob Lokman ini menceritakan tentang perhubungan cinta antara jejaka kaya dan wanita biasa serta kehidupan keluarganya yang penuh dengan jenayah.

Plot[sunting | sunting sumber]

Karl Iskandar adalah anak kepada Tan Sri Hisham Al-Bakri. Dia pulang ke tanahair untuk mengambil alih perniagaan ayahnya. Namun, kepulangannya telah membongkar satu komplot pembunuhan seorang jutawan, Vincent Cheah, yang telah dilakukan oleh Ringgo seorang ketua gangster yang beroperasi di Kuala Lumpur. Di sebalik komplot pembunuhan tersebut, Karl Iskandar menemui satu kebenaran yang amat memedihkan. Ternyata, Tan Sri Hisyam Al-Bakri juga terlibat di dalam perniagaan haram dan menjadi dalang di sebalik komplot pembunuhan tersebut.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

BIL JUDUL FILEM GENRE KOS PRODUKSI MULA TAYANG KUTIPAN KASAR (RM) BILANGAN PAWAGAM DITAYANG

1       Iskandar   AKSI / KOMEDI     1.04 juta       27/02/03          0.44 juta                  22

Pautan luar[sunting | sunting sumber]