Accapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Accapan
Kelahiran
Samynathan a/l Rethinam

(1955-01-27)27 Januari 1955
Meninggal dunia14 September 2018(2018-09-14) (umur 63)[1]
Sebab kematianKegagalan buah pinggang
PekerjaanPelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif1970–2018
PasanganYogeswari Subramaniam
Anak-anak3

Samynathan a/l Rethinam (27 Januari 1955 – 14 September 2018) atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia.

Beliau pernah digemparkan mengenai beliau memeluk Islam, tetapi dinafikan oleh beliau sendiri.[2]

Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70-an dan 80-an bersama pelawak-pelawak keturunan India lain seperti Param, dan pada era 90-an pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Dewi dan Rama. Beliau turut berlakon dalam beberapa filem, termasuk filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin.[3]

Beliau sering terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau terikat dengan RTM dan sedia mencuba dengan stesen lain. Sungguhpun berpeluang untuk muncul di kaca TV, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.

Dalam seminggu beliau menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Mr. Os ataupun Khairul Anuar sebagai artis bebas. Setiap kali membuat persembahan, Accapan akan berlawak dan menyanyi, malah beliau pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.

Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1990 Janda Meletup Appu Filem pertama
Adik Accapan
Mira Edora
Orang Kampung Otak Kimia Ali
Pening-Pening Lalat
1991 Sejati
1992 Rimba Malam Penyiasat Peribadi Penampilan khas
Sahabat Budin
1993 Hanny
1994 Simfoni Duniaku
1995 Bisikan Cinta Abu
1996 Suratan Kasih Accapan
1997 Ghazal Untuk Rabiah
1998 Antara Dua Jiwa
2001 Lagi-Lagi Senario Muthusamy
2003 Iskandar Bos Disko
Gila Bola Coach Jimmy
2004 Biar Betul Sethu
2009 Jin Notti VG Jinggam
2011 Vilaiyaatu Pasange Coach
2012 Baik Giler!! Doktor Accapan
Shh...Dia Datang Raja
2013 Juvana Tukang Gunting Rambut
2014 Mamak Cupcake Accapan
2018 Awang Gerudi
2021 Budak Kripto Pembekal Surat Khabar Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1988-1993 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Singam TV3 Sitkom
1990 Santan Berlada TV1
2009 Ceplos Vello TV9
2018 Nafas Uncle Raj ntv7
Gerak Khas (Musim 18) TV2 Episod: "Bukan Bunuh Diri"
2021 Mamu Mami Gosip Filem Negara Malaysia Pelakon undangan

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1985 Nanti Mati TV1
2000 Masam Manis
2003 Jadi Tak Jadi Accapan VCD
2011 Aku bin Abdullah Astro Prima

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2018 Di Balik Tawa (Musim 2) Dirinya sendiri Astro Warna

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Berita kematian Accapan
  2. ^ Pelawak Accapan nafi telah memeluk agama Islam
  3. ^ "Accapan Bimbang Tiada Pelapis Pelawak India". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.
  4. ^ "Accapan nafi terikat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-19. Dicapai pada 2018-01-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]